Khamis, 26 September 2013

video don't be sad!

ALLAH menguji hamba dengan dosa, supaya dapat medengar doa dan tangisnya,
penyesalannya dan rasa sesalnya, rintihan dan dan erangnya,
pengaduan dan keluhannya, ratapan dan hibanya.
Supaya si hamba menampakkan kegelisahan, ketawadhuan,
kekhusyukan, dan kerendahannya.

Rasulullah S.A.W. bersabda :
"Kalian adalah makhluk yang selalu berbuat salah. Dan sebaik-baik orang yang berbuat salah adalah mereka yang mahu bertaubat. " (HR Tirmidzi, Ibn Majah, Ahmad, dan Ad-Darimy)

Tiada yang sempurna..
Tiada yang tidak pernah berdosa..
Firman Allah, surah An-Nur :21


"Dan sekiranya bukan kerana Allah dan rahmat-Nya kepada kamu sekalian, nescaya tak seorang pun di antara kalian yang bersih (dari perbuatan-perbuatan buruk) selama-lamanya. "




.....................................................

DON'T BE SAD : ALLAH KNOWS





Jumaat, 13 September 2013

video Sayyid Qutb

[Video] Detik-detik Sayyid Qutb sebelum dihukum. Lihat, betapa tenangnya beliau menghadapi maut demi membela kebenaran. Aku? Perasaan takut masih menyelubungi hatiku.. Takut pada siapakah sebenarnya aku ini? Cek kembali niatmu dan bermuhasabahlah wahai diriku... 

Krik..krik...
29 August 1966, Sayyid Qutb digantung bersama-sama sahabat seperjuangannya, Muhammad Yusuf Hawwasy dan Abdul Fatah Ismail.Tiada kegentaran pada raut wajahnya. Keteguhan ini tetap terwarisi oleh para pendokong Ikhwanul Muslimin. MasyaAllah. Begitu hebat mereka di Tarbiyah. Aku ingin seperti mereka, tiada kegentaran di hati dalam memperjuangan deen Allah. Kita dapat melihat juga para syuhada di Mesir, Palestin, yang tidak takut menghadapi maut, kerana mereka yakin tentang kebenaran yang mereka perjuangkan. 
 
#Detik-detik Sayyid Qutb dihukum. Tenang sekali beliau. 

Aku mengambil ibrah melalui video dan kisah Sayyid Qutb. Aku nak tingkatkan diriku dan nak Tarbiyah lagi diriku sementara Allah memberi peluang aku belajar di Urdun. Disamping tingkatkan kefahaman dari sudut agama tanpa mengabaikan akademik.Kali ini, kehadiran aku ke bumi Urdun bukan sahaja nak capai 'excellant' akademik tetapi nak dekatkan diri dengan kekasihku lagi.. Moga kita sama-sama beroleh manfaat.. :)

Khamis, 12 September 2013

KISAH CINTA SAYYID QUTB

Repost..

SubhanaAllah! Saat aku membaca kisah cinta Sayyid Qutb, hampir sama dengan keadaanku saat ini. Aku kembali bangkit menjadikan kisah cinta Sayyid Qutb ini sebagai penguat untukku menempuh kehidupan di dunia yang sementara ini demi mencari keredhaan-Nya.

Sebuah novel Sayyid Qutb, "Duri Dalam Jiwa" (Asywak) atau tajuk lainnya 'Ijtihad Cinta'. Sebuah novel yang menarik. Novel ini tidak seperti novel biasa-biasa yang dijual di pasaran yang menceritakan perjalanan sebuah kehidupan manusia. Begitu mendalam dan lembut beliau bermain kata sehingga pembaca perlu menangkap isi-isi penting yang ingin disampaikannya.

Novel ini banyak menyentuh perjalanan perasaan dan hati manusia, kerana itu sesiapa yang ingin membacanya, akan lebih mudah memahami jika pembaca menghadirkan hati dan penghayatan yang mendalam beserta ilmu kejiwaan (psikologi).Begitu juga Tafsir Fi Zilalil Quran, karangan Sayyid Qutb.

KISAH CINTA SAYYID QUTB

Dua kali cinta itu hadir dan dua kali cintanya ditolak. Seorang gadis mengetuk pintu hatinya. Gadis itu dari desa kelahirannya. Namun, ketika beliau menyambung pelajarannyadi Kairo, gadis itu memilih untuk menyerahkan cintanya kepada orang lain. Sayyid Qutb terpukul mendengar berita itu. Hanya Allah yang tahu keadaan hatinya. Terlalu berat untuk merelakan perginya cinta pertama yang pernah mengisi jiwanya.

Cinat kedua hadir, mengembalikan kerinduan Sayyid Qutb untuk memiliki cinta yang halal disisi-Nya. Wanita kedua ini berasal dari Kairo. Sayangnya, ketika hari pertunangannya, wanita itu menangis dan menceritakan keadaan dirinya. Sayyid Qutb sekali lagi kecewa. Wanita kedua yang dicintainya itu bukan lagi perawan.

Sayyid Qutb akhirnya memutuskan hubungan dengan wanita Kairo tersebut. Kesedihan bercampur kerinduan kepada wanita itu. Perasaannya sakit,pedih,menyisa hatinya. Akhirnya, Sayyid Qutb mengorbankan idealismenya. Beliau kemudian kembali kepada wanita tersebut. Namun, wanita itu menolak cintanya. Taqdir Allah itu lebih berkuasa menentukan segalanya.

Berkata Sayyid Qutb dengan kesedihan, "Adakah dunia ini tidak menyediakan gadis impianku? Ataukah pernikahan ini tidak sesuai dengan keadaanku?"

Saat cinta tak kunjung meneriamnya, maka beliau menggantungkan seluruh cintanya kepada Allah, Kepada-Nya beliau menumpahkan seluruh cinta sehinggalah membawanya ke penjara selama 15tahun. Di dalam penjara itulah beliau menulis Tafsir Fi Zilalil Quran. Akhirnya, beliau syahid di tali gantung.

bersambung....

asdfghjklpoiuytrewq


3 bulan di Matrikulsi Changlung, Kedah..
Memori bersama banyak terbina di sana. Roomate yang takkan dilupakan, Siti, Hijrah,Iman yg paling cheer..haha..tapi sebenarnya paling aku rindukan usrah bersama "umi Siah"

Hujung minggu , outing kami sama-sama berjalan kaki ke rumah ummi. lebih kurang 15minit. tak juah dri matrik kolej..muka separa matang, nerd :3

tapi satu benda yang aku rasai sebenarnya 

Ikatan hati kami sehingga kami berjauhan pun masih dapat mengembangkan lagi ukhwah kami. mungkin sbb kami pergi bersama-sama usrah.. ada kisah unik sebenarnya juga. Unik dan manisnya di awal pertemuan kami semua.huhuhuhu Bermula dengan 3orang tak silap dan akhirnya jadi ramai...huhu..Rindu pada bulatan gembira bersama Umi. Umi suka mengingatkan kami tetang sebuah kebaikan dan membincangkan selalu soal "Iman". aku tak faham awalnya. kenapa, dan apa...

tapi, yang aku tahu,

Apa yang aku pelajari disana, bila kita hubungkan hati kita dengan Allah, timbulnya rasa kasih sayang antara kita. Biarpun kita tidak saling mengenali, bahkan bukannya kuliah sekalipun, hubungan kita boleh rapat. Rapat kerana "Iman" yang membentuk peribadi kita untuk berkasih sayang, saling menasihati, saling ingat memperingati.. Maha suci Allah segalanya.

itu yang kami sama-sama pelajari...dan masih nak memahami konteksnya..huhuhuhu

         “ Nikmat paling berharga selepas nikmat iman dan islam adalah memiliki           SAHABAT yang soleh. Jika kamu dapati kewujudan kasih-sayang antara kamu          dengannya, maka peganglah ia bersungguh-sungguh “ (saidina Umar al-khattab)

7Sept2013 




******

Perjalanan seorang musafir..
Keluar dari desa..
mencari hikmah ilmu..
Doakan aku...


*****