Sabtu, 16 Ogos 2014

sekeping hati


   Setiap pagi kita bangun daripada tidur, Malamnya pula kita akan kembali ke tempat pembaringan kita untuk tidur. Inilah yang berlaku setiap hari dan segala pergerakan kita sudah menjadi rutin atau automatic. Kita tidak perlu berfikir lagi.
  
   Bangun, mandi, solat, dan pergi ke kuliah bagi yang masih belajar atau ke pejabat. Kitaran kehidupan sebegini telah berlalu sepanjang hidup. Yang berbeza adalah fasa hidup kita sahaja. Dulu kita kanak-kanak, sekarang remaja. Seterusnya pemuda dan akhirnya berada di penghujung kehidupan. Keadaan ini telah pun digambarkan oleh seorang sarjana, yang mengatakan: “Benang kehidupan kita digigit oleh tikus hitam dan tikus putih hinggalah benang tersebut putus.”  Tikus hitam adalah malam manakala tikus putih adalah siang. Usia kita habis dengan pertukaran malam dan siang.
   
   Begitulah yang Dia rasa sepanjang cutinya. Ibarat benang yang digigit tikus. Lemah dan terus longlai tanpa pengisian hati. Terus mati.? Nauzubillah. Apa yang digambarkan itu benar baginya. Namun dia terus mengambil alternative untuk terus hatinya hidup yang mana Blog ini membangkitkan jiwanya kembali daripada terus lemas dan hanyut.. nukilan mahupun coretan nurani ni khusus sebenarnya buat sang diri yang mencari sang penciptanya. Moga mengambil ibrah. 

KERANA AKU HAMBA-MU  
  Sebenarnya, bagi manusia yang benar-benar teguh dengan pendirian yang Allah S.W.T telah tentukan (iaitu Allah al-Rahman telah menetapkan untuk manusia hanya satu matlamat hisup, iaitu menjadi hambaNya,) matlamat ini akan menjadikan kehidupannya tidak mudah tergugat dan goyah dengan ujian dan tipu daya syaitan. Betapa nikmatnya apabila mempunyai kejelasan tujuan dalam melakukakan urusan. Inilah rahmat yang sudah cukup agung untuk melayakkan ALLAH S.W.T dipuji dan disyukuri oleh manusia buat selama-lamanya. Alhamdulillah!
   Namun, dari suatu sudut, sungguh kasihan apabila melihat kecelaruan dan kekeliruan yang dialami manusia. Apa yang tepatnya, disituasi ‘Dia’ sekarang, yang banyak membuang masa bersusah payah bagi memenuhi pelbagai matlamat yang tidak sehala yang berada di dalam hati. Astaghfirullah. Muhasabah.

SEKEPING HATI
  Manusia diciptakan hanya mempunyai sekeping hati di dalam tubuh. Duhai diri, mana mungkin engkau dapat merasai kehidupan yang tenang dan mantap dengan hati yang berpecah-pecah dan terbahagi-bahagi dalam kesetiaan dan ketundukannya? Walhal ini akan mengakibatkan berlakunya banyak pertentangandan kontradiksi dalam focus minda, perasaan dan cita-cita. Cuba kita ‘relate’kan dengan diri kita, akan ku bawakan contoh yang mana seseorang yang hidup dengan bermatlamatkan ALLAH dan juga kecintaan pada dunia. Sudah tentu kontradiksi dalam pelbagai tujuan hidupnya akan menimbulkan banyak konflik yang menggoncangkan hati dan akhirnya memusnahkan kebahagiaan. Mari kita bayangkan, gambaran berkaitan rahmat Allah S.W.T dalam firmannya surah Al-Zumar:29 “Allah membuatkan perumpamaan seorang lelaki(hamba sehaya) yang memiliki oleh beberapa orang yang berserikat dalam perselisihan dan seorang hamba sehaya yang menjadi milik penuh dari seorang saja. Adakah kedua-dua hamba sehaya itu sama keadaannya? Segala puji hanya bagi Allah, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.”
   
Oleh itu, marilah kita melihat dengan hati! Sesungguhnya Allah telah menciptakan segala sesuatu dengan rahmatNya. Kasih sayang Allah tidak pernah terpisah daripada kekuasaanNya sebagai Rabb yang mentadbir dan mengurus sekalian alam. Bukti-bukti yang menggambarkan kasih dan kekuasaan Allah dapat dilihat pada segenap pelosok alam daripada sekecil-kecil makhluk hingga kepada sebesar-besarnya. Bukankah kita telah dikurniakan hati yang dapat melihat bukti kasih suci Ar-Rahman?


Jadi, buka Kitab Suci,belek surah Al-Mulk ayat 19, Allah sedang bercakap dan bertanya pada kita. Bangunlah wahai hati yang celik! huhu

Taqwa simbol ketenangan

Selongkar satu ayat, membenih hati-hati yang kekeringan...

Penuh KERESAHAN&KERISAUAN.

Peringatan demi peringatan seharusnya perlu wujud sentiasa.huhu.aku cuba menulis sambil menghidupkan jiwa yang perlu diisi. Petikan dari sebuah majalah haluan.

Setiap manusia dianugerahkan oleh ALLAH S.W.T hati sanubari. Secara fitrahnya, manusia suka kepada hati yang tenang dan benci kepada hati yang duka.Ketenangan yang bagaimanakah?
   
Allah sangat menyukai orang yang berusaha mencipta hatiyang tenang dan tenteram. Hakikatnya, Allah jua yang memberi ketenangan dan kebahagiaan itu kepada hati manusia. Ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah al-Fath ayat 4, 

“Dialah yang menurunkan ketenteraman ke dalam hati orang yang beriman, agar mereka bertambah iman beserta iman mereka yang sedia ada.Milik Allah lah tentera langit dan bumi, dan Allah adalah maha mengetahui lagu maha bijaksana.”

Ketenangan yang hakiki mengungtungkan duniawi dan ukhrawi. Oleh sebab itu, ia mesti dicari. Ketenangan tidak akan dating bergolek sendiri. Antonim bagi ketenangan keluh kesah, risau, gundah gulana, dan sebagainya. Allah mencipta manusia dalam keadaan keluh kesah. Tetapi sekiranya seseorang individu itu melaksanakan perintah Allah, dan menjauhi larangan-Nya, Maka ia akan menjadi insane paling tenang, tenteram, dan bahagia. Perkara ini dijelaskan di dalam al-Quran surah Al-Maa’rij ayat 21, mafhumnya: “Sesungguhnya manusia itu dujadikan tabiat resah gelisah (lagi bakhil dan kedekut). Apabila ia ditimpa kesusahan, ia sangat resah dan gelisah.”

TENANG DENGAN TAKWA
Gambaran wahyu Allah diatas jelas kepada kita bahawa sifat manusia yang hatinya kosong daripada keimanan dan ketakwaan akan berada dalam keadaan gelisah, gundah gulana, dan hatinya tidak tenteram. Apabila diuji dengan musibah, ia berputus asa, sedih dan menyalahkan takdir. Apabila dianugerahkan nikmat kpdnya, ia kikir dan bakhil terhadap nikmat tersebut.Inilah antara sifat-sifat orang-orang yang rugi.

Dengan demikian jelas kepada kita bahawa keimanan kepada Allah merupakan persoalan yang besar dalam kehidupan manusia. Iman bukan sekadar kata-kata yang diucapkan dengan lisan atau bukan pula sebagai simbol ubudiyyah yang diperagakan. Sebaliknya, Iman adalah kedudukan jiwa dan manhaj kehidupan yang berteraskan ikrar dengan lisan, membenarkan dengan hati dan seterusnya dibuktikan dengan amalan. 

Iman yang memandu kita jalan yang benar. Jika digenggam dengan iman, akan aman. Keadaanmu aman dan tidak membuat kita khawatir atas sesuatu yang datang. Ia akan menuntun langkah-langkah kecil kita untuk menyapa gerbang kehidupan. Jika digenggam dengan iman, kekhawatiran berganti menjadi perjuangan, rasa takut berganti menjadi keikhlasan. 




Tenangkah aku?

“APABILA SAKINAH TURUN KE HATI, MAKA HATI MENJADI TENANG DENGANNYA, FIZIKAL JUGA TURUN
TENANG KERANANYA,TUNDUK DAN MEMPEROLEH KETENTERAMAN, LISAN MENUTURKAN KEBENARAN DAN HIKMAH, LISAN TERHALANG UNTUK MENGUCAPKAN KATA-KATA KOTOR,NISTA, SIA-SIA DAN SETIAP PERKATAAN YANG BATIL.”  (IBN QAYYIM AL-JAUZI)

    Hidup ini suatu perjuangan. Setiap kita pasti mahukan kemenangan dalam berjuang. Justeru, diamanakah letaknyaukuran kemenangan itu? Adakah pada harta iaitu orang kaya raya? Atau pada pangkat iaitu orang yang paling kedudukannya? Atau pada nama iaitu orang yang paling terkenal  di dunia? Ketahuilah, bahawa hakikat kemenangan itu bukanlah pada natijah perjuangan yang bersifat sementara. Sebaliknya, ia terletak kepada ketenangan dan kepuasan jiwa. Ya, iaitu orang yang mampu menguasai dan memenangi hatinya sendiri dan mampu mengesani hati-hati manusia yang lain.

   Inilah satu perjuangan. Kemenangannya tidaklah dapat diukur pada natijah, namun pada proses yang benar dan berterusan. Lantas bagaimanakah proses itu? Mari amik waktu. Berhenti sejenak. Semoga kita mampu menghayati dan merasai hakikat ketenangan dalam kelelahan dan kesibukan kita yang banyak. Kerana orang yang tenang akan menang. Tenangkah aku?