“APABILA SAKINAH TURUN KE HATI, MAKA HATI MENJADI
TENANG DENGANNYA, FIZIKAL JUGA TURUN
TENANG KERANANYA,TUNDUK DAN MEMPEROLEH KETENTERAMAN, LISAN MENUTURKAN KEBENARAN DAN HIKMAH, LISAN TERHALANG UNTUK MENGUCAPKAN KATA-KATA KOTOR,NISTA, SIA-SIA DAN SETIAP PERKATAAN YANG BATIL.” (IBN QAYYIM AL-JAUZI)
TENANG KERANANYA,TUNDUK DAN MEMPEROLEH KETENTERAMAN, LISAN MENUTURKAN KEBENARAN DAN HIKMAH, LISAN TERHALANG UNTUK MENGUCAPKAN KATA-KATA KOTOR,NISTA, SIA-SIA DAN SETIAP PERKATAAN YANG BATIL.” (IBN QAYYIM AL-JAUZI)
Hidup ini suatu perjuangan. Setiap kita pasti
mahukan kemenangan dalam berjuang. Justeru, diamanakah letaknyaukuran
kemenangan itu? Adakah pada harta iaitu orang kaya raya? Atau pada pangkat
iaitu orang yang paling kedudukannya? Atau pada nama iaitu orang yang paling
terkenal di dunia? Ketahuilah, bahawa
hakikat kemenangan itu bukanlah pada natijah perjuangan yang bersifat
sementara. Sebaliknya, ia terletak kepada ketenangan dan kepuasan jiwa. Ya,
iaitu orang yang mampu menguasai dan memenangi hatinya sendiri dan mampu
mengesani hati-hati manusia yang lain.
Inilah
satu perjuangan. Kemenangannya tidaklah dapat diukur pada natijah, namun pada
proses yang benar dan berterusan. Lantas bagaimanakah proses itu? Mari amik
waktu. Berhenti sejenak. Semoga kita mampu menghayati dan merasai hakikat ketenangan
dalam kelelahan dan kesibukan kita yang banyak. Kerana orang yang tenang akan
menang. Tenangkah aku?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan