Sabtu, 16 Ogos 2014

Taqwa simbol ketenangan

Selongkar satu ayat, membenih hati-hati yang kekeringan...

Penuh KERESAHAN&KERISAUAN.

Peringatan demi peringatan seharusnya perlu wujud sentiasa.huhu.aku cuba menulis sambil menghidupkan jiwa yang perlu diisi. Petikan dari sebuah majalah haluan.

Setiap manusia dianugerahkan oleh ALLAH S.W.T hati sanubari. Secara fitrahnya, manusia suka kepada hati yang tenang dan benci kepada hati yang duka.Ketenangan yang bagaimanakah?
   
Allah sangat menyukai orang yang berusaha mencipta hatiyang tenang dan tenteram. Hakikatnya, Allah jua yang memberi ketenangan dan kebahagiaan itu kepada hati manusia. Ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah al-Fath ayat 4, 

“Dialah yang menurunkan ketenteraman ke dalam hati orang yang beriman, agar mereka bertambah iman beserta iman mereka yang sedia ada.Milik Allah lah tentera langit dan bumi, dan Allah adalah maha mengetahui lagu maha bijaksana.”

Ketenangan yang hakiki mengungtungkan duniawi dan ukhrawi. Oleh sebab itu, ia mesti dicari. Ketenangan tidak akan dating bergolek sendiri. Antonim bagi ketenangan keluh kesah, risau, gundah gulana, dan sebagainya. Allah mencipta manusia dalam keadaan keluh kesah. Tetapi sekiranya seseorang individu itu melaksanakan perintah Allah, dan menjauhi larangan-Nya, Maka ia akan menjadi insane paling tenang, tenteram, dan bahagia. Perkara ini dijelaskan di dalam al-Quran surah Al-Maa’rij ayat 21, mafhumnya: “Sesungguhnya manusia itu dujadikan tabiat resah gelisah (lagi bakhil dan kedekut). Apabila ia ditimpa kesusahan, ia sangat resah dan gelisah.”

TENANG DENGAN TAKWA
Gambaran wahyu Allah diatas jelas kepada kita bahawa sifat manusia yang hatinya kosong daripada keimanan dan ketakwaan akan berada dalam keadaan gelisah, gundah gulana, dan hatinya tidak tenteram. Apabila diuji dengan musibah, ia berputus asa, sedih dan menyalahkan takdir. Apabila dianugerahkan nikmat kpdnya, ia kikir dan bakhil terhadap nikmat tersebut.Inilah antara sifat-sifat orang-orang yang rugi.

Dengan demikian jelas kepada kita bahawa keimanan kepada Allah merupakan persoalan yang besar dalam kehidupan manusia. Iman bukan sekadar kata-kata yang diucapkan dengan lisan atau bukan pula sebagai simbol ubudiyyah yang diperagakan. Sebaliknya, Iman adalah kedudukan jiwa dan manhaj kehidupan yang berteraskan ikrar dengan lisan, membenarkan dengan hati dan seterusnya dibuktikan dengan amalan. 

Iman yang memandu kita jalan yang benar. Jika digenggam dengan iman, akan aman. Keadaanmu aman dan tidak membuat kita khawatir atas sesuatu yang datang. Ia akan menuntun langkah-langkah kecil kita untuk menyapa gerbang kehidupan. Jika digenggam dengan iman, kekhawatiran berganti menjadi perjuangan, rasa takut berganti menjadi keikhlasan. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan