Ahad, 22 November 2015

misi kemanusiaan syria

20hb November 2015(JUMAAT)

Terpahat satu memori yg mengetus hatiku, bersamanya ku dengan anak-anak Syria, dlm satu Misi Kemanusiaan anjuran Kelab HaluanSiswa Jordan besama delegasi Haluan Malaysia.. Misi kali ini, catatan aku sendiri bersama meraka si anak syurga.

Seawal jam 7.30 pagi, kami bergerak dengan dua buah coster (bas kecil) ke Sakan Karamah, Amman, yang mana sakan itu dibawah jagaan ICCS iaitu sebuah NGO arab di Jordan. Perjalanan mengambil masa dua jam. *lentuk kejap*

Pagi itu, kami dipersembahkan dengan persembahan comel mereka, alunan al-quran si cilik menggetarkan jiwa. (T.T) Nyanyian yg best. haha. Semangat sangat mereka, Tak penat ke? banyak juga sebenarnya persembahan mereka. Kami pulak yang penat tepuk tangan.huhu. Nampak tak sebenanrnya mereka sangat merai kehadiran kami pelajar-pelajar Jordan.

Sebenarnya apa yg aku cerita adalah,, apabila aku dekati dan duduk bersama mereka, satu getaran yg aku rasa, Perasaan dipeluk, di cium oleh anak-anak sekecil 8, 12, dan 13 tahun. Nama mereka Tasnim, Rawan dan Thabit. Kami saling bercerita. Bertanya keadaan Syria. Malah mereka kata mereka sebenarnya sangat rindukan negara mereka.Ucapan daripada mulut mereka seolah-olah doa untuk kembali ke negara mereka lagi.

Daripada mereka sudah tiada mak ayah. dan tinggal bersama datuknya. Patutlah aku perati dari tadi dia duduk sangat rapat dengan aku, Seolah-olah minta diberi perhatian.huhu

Aku selutkan tangan aku dalam poket. aku keluarkan gula-gula daripadanya. waa, suka sangat mereka :D Senyuman terpancar. Begitu sakali dia nak bermanja dengan aku.HAHA

Kadang dia sengaja berdiri, melompat duduk atas riba aku. tiap kali itu dipeluknya, diciumnya. huhu. Walaupun, waktu tu aku agak kekok,sebab kurang biasa dgn keadaan macam ni, tapi aku biarkan sahaja dia berbuat demikian. Yalah, bukan selalu aku dapat moment begini. ntah bila lagi dpt rasa...

Bila dia meminta utk dibelai, dimanja, diasuh, begitu la yang aku rasai saat dipeluk oleh mereka, Walaupun sepatutnya aku yang memeluk mereka bukan dipeluk mereka.:3 Tapi itulah yg aku belajar.
Satu perasaan yang aku tidak dapat nak diceritakan. *nangis*

aku belajar macam mana nak "caring"

Tasnim, Rawan, Thabit.. sebenarnya korang telah beri aku satu semangat...huaaa.. kuatkan semangatku, Seolah-olah yang mengatakan Jangan pernah pudar. Jangan pernah Gentar. huhuhu..

so, fighting!


****
Coretan Tahun3,semesta satu
Pengalaman itu yang berharga. :D

Rabu, 11 Februari 2015

Sahabat?


Wahai sahabat pembaca, alangkah manisnya hidup ini sekiranya kita dapat bersua muka, tegur -menegur, nasihat- menasihati dan ingat-mengingati dalam suasana persaudaraan yang penuh keamanan. 

Saat itu, segala-galanya kita curahkan kerana Allah SWT tanpa sebarang kepentingan dan rebutan beralaskan gemerlapan dunia. Saat itu, keikhlasan dan kejujuran adalah modal ukhuwah ini. Ketahuilah, dunia hari ini sudah kehilangan suasana insan yang bersilaturahim, berkasih sayang dan bersahabat kerana Allah SWT. Yang ada, berkawan, bergeng dan berkenalan kerana “projek”, kerana kepentingan “masa hadapan”, kerana hal-hal dunia yang tidak berkesudahan dan kerana hal-hal yang melalaikan. 


Justeru, sahabat  – diri ini perlukan sahabat, teman dan taulan yang sudi memimpin tangan ke lorong Ilahi, menegur jika diri ini kealpaan menguasai diri  dan menarik tangan ke landasan andai tergelincir hingga terseliuh "kaki". Masihkah, ada yang sudi?

                                                                                                 

Khamis, 29 Januari 2015

Cerita keluarga Syria

[ Cerita aku bersama keluarga Syria ]

Dek kerana Winter

aku bertelingkup di dalam hirom(selimut tebal)
kesejukkan....

Bersama aku, sebuah keluarga yang melarikan diri dari negaranya, akibat peperangan. kami memanggilnya Ummu Imron. Berasal dari Syria. Ummu Imran sedang membesarkan 4 orang anaknya yang comel-comel. Suami tiada. bekerja di Kuwait,mencari nafkah buat keluarga..

Ummu Imron ni jiran kepada kawan aku di Jordan. Rumah azma & ikin (tempat lepak aku aka rumah kedua selepas rumah aku)hahaha .. sangat rapat dengan mereka.

****

Malam ni, aku dan K.Nadhirah(senior aku) punya projek bersama Ummu Imron..huhu
kami nak belajar buat pizza dengan Umm Imron. Kata Ummu Imron, kebiasaan mereka (orang arab) lebih suka memasak sendiri berbanding beli d mat3am(restoran)..katanya tahap kebersihan tu kurang..

ni tambahan sebab kak.Nadhi ni suka makan pizza orangnya, hahaha.
aku join sekaki..ye lah, dengan seniorlah kita ambil peluang. nak buat memandai, takut lain jadinya.hihi


***

Kembali cerita Umm Imran..Mereka asalnya dari Syria, nama tempat specific aku tak ingat... Ketika Syria bergolak, mereka melarikan diri dan berpindah ke Jordan.Keluarga Ummu Imran ni bernasib baik. Kerana suaminya mempunyai pendapatan.tadi yang aku cerita , kerja di Kuwait.huhu.. Jarang biasanya orang Syria yang ada pekerjaan tetap di Jordan. Sebab polisi di Jordan  tidak membenarkan warga asing bekerja. Aku fikir mungkin faktor pekerjaan yang terhad,ntah..andaian aku je.Kiranya keluarga Ummu Imron masih dikira bernasib baik sebab suaminya bekerja sebelm Syria bergolak lagi sebelum tahun 2011..

Dan Ummu Imron ada kata juga kerajaan Jordan sebenarnya ada peruntukan untuk rakyat Syria. Setiap bulan dapat duit beberapa "Jod" menampung keperluan bagi mereka yang menetap di Jordan dan berada di luar kawasan perkhemahan . wallahualam.

Sesi buat PIZZA
Sambil aku tengok Ummu Imron buat pizza, aku bermain-main dengan anak-anaknya, Abdullah(9tahun) dan adik perempuan Syahid(7tahun). Umm Imran pernah bercerita pada kami, sebelum ini, anak-anak nya bukan keadaanya seperti sekarang,seperti kami lihat sekarang..nampak ceria, happy.

Dahulu Imran, Abdullah(10tahun) dan Syahid hidup dalam ketakutan dan tidak ceria, selera makan pun tiada sehingga mereka jadi sangat kurus.dan hampir setiap hari menangis, trauma.. Faktornya sebab perang. Mereka melihat sendiri peperangan yang berlaku dihadapan mereka. allahu akbar!

***
Ummu Imron mula membuka cerita.. *kisah peperangan berlaku*
ia berlaku petang. Mereka anak-anak sedang bersantai di luar rumah. Keluar bermain petang-petang dengan anak-anak jiran mereka yang lain di Syria. kata Ummu Imron, mereka sedang berbahgia ketika itu..yalah, seronok, luang masa dengan anak-anak, berborak cerita dengan jiran tetangga.

Tetiba sedang berseronok itu, kedengaran satu letupan bom. Datang letupan itu kawasan rumah mereka. Kelihatan satu jet diatas sedang berlegar-legar..sedang menuju ke satu arah. Allahu Akhbar!! aku rasa nak menangis time ni...!!! Mendengar cerita mereka pun amat2 sedih,apatah lagi mereka hadapi. Berat ujian buat mereka...

Sambung kembali cerita Ummu Imron, ketika itu, katanya, rumah jiran-jiran diletupi dengan bom-bom yang datang dari atas..sebahagian dr belakang hancur.Keadaan cemas..Lantas, Ummu Imron panggil anak-anaknya lari selamatkan diri..dan pulang ke rumah mereka yg agak jauh sedikit.

Jet waktu itu jauh lagi dari mereka. Ummu Imron suruh kami bayangkan, sedang berlari menuju pulang ke rumah, Jet yang tadi di belakang sedang melempar bom daripada atas. Letupan demi letupan berbunyi... dan begitulah apa yang dilihat oleh anak-anak Ummu Imron.

Kaki anak-anak sekecil 7-9tahun itu kaku, tidak mampu berjalan apatah lagi berlari. apabila menoleh ke belakang sedang melihat gambaran seolah-olah kiamat sedang berlaku. (T.T)

Seorang ibu cuba untuk kuatkan langkahnya, menolak juga anak-anaknya yang tidak berdaya utk berjalan itu dari belakang untuk sampai ke rumah. Sedemikian gambaran situasi yang diceritakan oleh Ummu Imron. Mereka bersembunyi di tempat persembunyian rumah mereka yang dicipta khas, tiada yang tahu...

Daripada kejadian tu, Ummu Imron akan pastikan setiap anak-anak ada dihadapannya. Bekalan makanan cukup untuk menampung kehidupan mereka seketika.  dan ketika itu suaminya masih bekerja di Kuwait dan mampu lagi menyalurkan makanan untuk mereka secara tersembunyi..

Mereka juga ada bahagian tempat sembunyikan makanan. Tempat itu dirahsiakan, jika diketahui, teruk mereka dikerjakan.

Pernah juga satu ketika, Ummu Imron cerita, Syahid tiada di rumah. Umm Imran menjerit melalak cari Syahid, anak perempuannya. mau tak risaunya, bercampur baur perasaan seorang ibu mencari anaknya yang entah kemana. Dan rupanya, Syahid berada di bawah tangga sedang melutut ketakutan dalam keadaan menangis teresak-esak. Waktu itu, Syahid berusia 4tahun.

Allahu Akhbar.!!

Tidak dapat dibayang dengan bayangan akal perkara yang diceritakan itu.

Budak yang baru ingin membesar,dan usia sebesar itu sudah mengenal berbagai jenis bom, pistol, senapang, dari sekecik kecilnya bentuk. Begitulah yang diceritakan oleh Ummu Imron kepada kami. peristiwa hitam yang mereka lalui sebelum berhijrah ke Jordan.

Dan senyum yang terukir diwajah mereka hari ini, adalah senyuman yang penuh makna buat aku khususnya..ya, bumi yang sedang aku pijak ini, adalah benar-benar bumi yang sedang mengajarkan aku sesuatu... *nangis*

 Dann,
Pizza siap dihidang dan dimakan bersama. SEDAP sangat!!! ini sangat rear kalah pizza hut. nyummy! ^^


***
Coretan aku di tahun dua di bumi Jordan
Cerita keluarga Umm Imran Syria membuka mata kami





Sabtu, 24 Januari 2015

Belajar mendalami hati

| MISSION 2&3 |

cerita semalam

dari pagi sehingga malam

tung..tang..tung..tang

kedengaran di dapur

 makanan kami sajikan buat housemate

dan teman-teman yang masih berjuang dalam exam

kami bukan sekadar mengisi masa

dengan main masak-masak di dapur

tapi ada mission yang lebih besar !

huhu..




***
Allahu, tengah main-main masak di dapur pun

sebenarnya sedang belajar

bagaimana untuk menyantuni hati seseorang

Hati orang, buka hak kita.

bukan senang, lagi-lagi bila dia seorang yang berprinsip

Hanya ALLAH pemilik hati itu

Moga Dia terus jaga dan pelihara sahabatku.




***

Hari ini pula, siap misi kedua.

kek karemel pelangi

penuh kesabaran nak bakingnya.haha

Sabar lagi sewaktu awal belajar dengan gurunya.

Namun yang itulah digemari semua

Tak pe, asalkan semua orang BAHAGIA.

Orang makan bahagia, kita buat pun bahagia. :D





















Khamis, 22 Januari 2015

Belajar dari kisah Aisyah Ummul Mukminin

| MISSION 1 |

Telefon menyala cahaya. 

Tanda mesej dari whatsapp masuk

Lekas aku ambilkan 

Nyata, seseorang bertanyakan khabar akan diri di sini

Prihal pelajaran yang tidak jemu diingatkan.

Peluangku untuk belajar adalah peluang yang sangat berharga

Pintu-pintu ilmu terbuka luas di hadapan

Aku telah pun memasuki salah satu pintu tersebut yang sesuai yang diinginkanku

Aku akan menghiasi diri dengan perhiasan ilmu yang tidak ternilai harganya

Bahkan ia berupaya untuk mempertajamkan pemikiranku

menghaluskan perasaan dan mematangkan keperibadian. 



Sambil, 

Menelaah buku berjudul "شخصية المراه المسلمة" 

Banyak yang menarik perhatianku prihal penguasaan wanita muslimah dibidang ilmu.

Dalam buku ini menyatakan, seorang ibu yang sibuk menguruskan rumah tangga pun digalakkan untuk membaca buku.

Kerana ia menyedari bahawa membaca adalah sumber yang menyiram akal dengan ilmu pengetahuan

dan mensuplai makanan yang akan menghantarkan pada keterbukaan fikiran,kedewasaan,pengembangan diri dan kesuksesan. 


Meneliti surah Thaha :114

'Dan katakanlah: Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan.' 


Setiap masa dan keadaan, 

Ilmu itu wajib dipelajari


Ketika bacanya kisah iaitu 'Aisyah Ummul Mukminin. Dia adalah seorang wanita yang vokal dan kritis dalam menyuarakan kebenaran.Dia tidak pernah mendengar sesuatu hal yang baru yang tidak tahu, melainkan dia akan bertanya tentang masalah tersebut dan menelaahnya secara mendalam, hingga dia benar-benar mengetahuinya. Selain dia menguasai berbagai ilmu, dia juga memiliki kefasihan lidah dan perkataannya sangat menyentuh jiwa. Apabila dia berbicara, maka dia dapat memikat hati siapa yang mendengarnya. 


Maka, apa lagi yang dinafikan

Bahkan 'Aisyah membuat persiapan yang jelas nampak hebat

Tiada lagi yang perlu dilengahkan

Ambillah ikhtibar darinya, Persiapan akal dan roh

Ilmu yang di tuntut wajib diamalkan

Majulah ke hadapan dengan ilmu yang kau pelajari.



Tahun 2 Ekonomi dan Perbankan Islam, Jordan-




Rabu, 21 Januari 2015

siapa aku?

Berhabuk!

sekian lama tidak buka blog.

21Jan2015.

Kini, aku di..
Tahun kedua pengajianku di Jordan.
yang mana aku merasai tiap hari-hariku
adalah sedang belajar untuk positif denganNya, 


Hidupku penuh dengan persoalan.
persoalan hidup yang membuat aku ragu-ragu utk terus melangkah..


seribu satu persoalan di benak fikiranku,
aku diletakkan dengan pelbagai tanda tanya


ternyata hidup ini bukan mudah seperti aku fikirkan,

hidup itu tak seindah hayalan, hidup itu tak semudah itu...

Aku juga berfikir, 
ternyata segala sesuatu yang berat jika di anggap bukan beban, maka akan terasa ringan dan nyaman,

sebaliknya, sesuatu yang ringan namun di anggap sebagai beban, maka akan terasa berat. 


Kitaran kehidupan, terkadang diliputi kegembiraan yang gemilang, terkadang juga sebaliknya, diri diliputi rasa sedih yang mencekam, penuh air mata dan derita. 


Namun seiring perjalanan waktu semua hanya menjadi pusaran waktu,berlalu dan melangkah pada pusaran baru, yang pasti menikmati perputaran waktu itu sungguh mengasyyikkan. (T.T)


Sungguh, bumi Jordan benar-benar bumi didikan..!Bumi Tarbiyyah untuk aku...


Jiwa perlu kental
Itulah proses yang membawa diri aku pada proses pembelajaran 
dalam menghadapi berbagai situasi, 
perlu membawa diri pada kedewasaan bersikap dan bertindak, 
lebih hakikih membawa pada sebuah pengenalan diri yang mendalam. 
Yang sepatutnya pada pengakhiran sampai pada sebuah pencapaian yang sangat Tinggi 
iaitu pendekatan kepada Sang Kholik. 

TAPI...

aku masih belum berjaya,  

aku sedang mencari siapa diriku...