Rabu, 11 Februari 2015

Sahabat?


Wahai sahabat pembaca, alangkah manisnya hidup ini sekiranya kita dapat bersua muka, tegur -menegur, nasihat- menasihati dan ingat-mengingati dalam suasana persaudaraan yang penuh keamanan. 

Saat itu, segala-galanya kita curahkan kerana Allah SWT tanpa sebarang kepentingan dan rebutan beralaskan gemerlapan dunia. Saat itu, keikhlasan dan kejujuran adalah modal ukhuwah ini. Ketahuilah, dunia hari ini sudah kehilangan suasana insan yang bersilaturahim, berkasih sayang dan bersahabat kerana Allah SWT. Yang ada, berkawan, bergeng dan berkenalan kerana “projek”, kerana kepentingan “masa hadapan”, kerana hal-hal dunia yang tidak berkesudahan dan kerana hal-hal yang melalaikan. 


Justeru, sahabat  – diri ini perlukan sahabat, teman dan taulan yang sudi memimpin tangan ke lorong Ilahi, menegur jika diri ini kealpaan menguasai diri  dan menarik tangan ke landasan andai tergelincir hingga terseliuh "kaki". Masihkah, ada yang sudi?

                                                                                                 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan