Jumaat, 25 Ogos 2017

Sinar cahaya



" Allah memilih anak ibu jadi wakil sebab Allah nak bagi 
tajribah yang sangat besar sebelum pulang Mesia.  " 

T.T 
air mata laju mengalir. its hard to me! how i can hadle without any syabab ??!

Tak pernah handle, tetiba dapat satu job gedebuk..ikutkan hati mahu saja tolak. cukup kisah lalu membuatkan aku rasa perit laluinya. Aku perlu belajar melupakan.

Dulu ada peristiwa membuat aku tak suka pada lelaki.dasyat..bila aku cerita kat kawan-kawan aku, mereka semua terkejut.Sebab syabab ni selalu buat aku nangis...tak cuba nak memahami jiwa seorang perempuan. Tetiba syabab tu nak merajuk dengan aku dengan alasan yang tak masuk akal. kecoh time tu sampai rasa begitu down. fokus semuanya hilang. depan orang bolehlah cool, tapi bila bersendirian, laju air mata keluar. tak tahan sangat..  aku sensitif,bila berkeadaan begitu lagi membuatkan aku sensitif..

Sejak dari kejadian itu sebenarnya aku nekad, aku tak namberurusan dengan mana-mana lelaki..cukuplah satu ni sahaja... 

tapi THIS PART..!
" Allah memilih , bersedia atau tidak, itu ketentuan  .... "-ibu

 i can't...aku perlu mengorbankan diri aku lagi kah? huhuhu

Job ini memerlukan kau berurusan dengan syabab. aku fikir aku mulainya. kian ego perlu aku turunkan dikit..ternyata menjatuhkan perasaan itu tidak semudah bawang, tak semudah yang difikirkan. Bahkan jika aku lakukan demikian, mungkin sampai saat itu aku belum dapat wujudkan, sebuah perasaan harmoni. 

Harus jatuh berdebom, harus tertolak, harus kembali meniti hati yang kekacauan, perasaan yang tak terdefenisi, dan perlu memahami defini yang benar-benar tentang kau. 

mewujudkan nya ternyata benar-benar menguras perasaan..Perjalanan itu membuat aku harus patah berkali-kali. AKU harus membangunkan kembali sesuatu yang baru. Aku harus mengenali kembali definisi2 baru dalam hidup ini, menunggu, yang terbaik, dan banyak kata-kata lain yang seolah-olahnya berubah makna setiap kali aku menemui peristiwa baru.

Mewujudkan keadaan ini menjadi lebih pasrah, lebih berserah, bahawa sungguh aku benar-benar bukan yang terbaik unutk lakukannya. Aku hanya perlu mengusahakan yang terbaik, tetapi tidak tahu apa yang terbaik. 

Hari ni aku menenggelamkan diriku dalam sebuah tujuan. kerana aku masih percaya bahawa tujuan yang sama akan mempertemukan orang-orang yang ikhlas dalam berjuang.  

Mungkin perasaan putus asa, sakit hati, dikhianati, tak beerti, atau merasa apa2 yang membuatkan kita konklusi pendek bahawa hidup tak de erti.. Saat kita menilai demikian, sebenarnya pada dasarnya sedang mencerca Tuhan yang telah menciptakan kita, kerana PASTI APA YANG SUDAH TERJADI, TUHAN SUDAH ATURKAN SESUATU PADA KITA SAAT KITA DICIPTAKAN...

Ada TUJUAN kenapa kita dicipakan.  Ada SEBAB mengapa kita harus ada. Kat kak adnin " zaman IPT, zaman paling best dalam mengendalikan sesuatu. kadang keadaan kita tak sama, jiwa kena kental lebih skit ja..minta dengan ALLAH kekuatan dan semuanya.. " 

kalau kak Adnin boleh yakin dengan aku, kenapa aku tidak? harusnya lebih yakin, bukan.

Saaat kita bertanya dan mencari alasan mengapa kita harus berjalan sejauh ini, ada orang yang diam-diam sedang mendoakan kita menaruh kepercayaan yang tinggi. Hidup aku adalah alasan "mereka" untuk terus melangkah dan melancutkan hidup dan bertahan sejauh ini. Dan salah satu asbab terbesar juga kerana orang tuaku..

Keberadaan kita mungkin menjadi alasan untuk hidup orang lain. Saat kita merasai segala yang terjadi dalam hidup ini, bahkan merasa tak beerti, mungkin sahaja ternyata begitu bermakna dan beerti buat orang lain...

Kita terlalu egois terlalu memikirkan diri sendiri sahaja T.T

Mungkin esok kita kan menyesali bila hari ini , saat ni (aku menulis) tidak duduk memikirkan sejenak..hanya mahu memenangkan diri sehingga insan di sekitar kita terabai selama ini..akur , hidup bersendiri itu lebih menyenangkan, kita tidak perlu mendiskusikan dengan sesiapa pun apa yang tidak puashatian apa yang kita inginkan...Tapi bukankah bila hidup bermasyarakat itu lebih menarik? 

Kita akan menangisi sebuah peristiwa yang mengajarkan diri untuk bersikap lebih matang. Dan kita akan syukuri mereka ini menanti bersama kita di tempat abadi. Belajarlah berterima kasih kepada mereka kerana mereka mungkin menjadikan kita insan pada hari ini.

Dan itulah alasan keberadaanmu di bumi Sham ini. Salurkan doa sucimu buat kami yang sedang bertatih dalam dunia kehidupan. Keniscayaan. :'0

doakan mujaheeda terusan ya ;')  !







Orang yang munulis

Kembali kepada blog..huhu

perjalanan orang yang menulis...

after 2 years ago.
kufikir dah lupus, rupanya masih wujud. malah masih boleh menulis pula :)

ya Tuhan, betapa cepat sesutu berupa. kini berada di tahun akhir pengajian di Jordan.Aku ingin mengukir sebuah kenangan indah disini. Dalam perhitungan yang bagiku begitu singkat, segala sesuatu boleh berubah.Doakan yang baik-baik untuk kami semua akn sebuah perjalanan yang baik

Pasti sebuah perjalanan itu akan sampai pada tujuannya. Semoga sesiapa pun yang sedang menuju atau dituju, segara sampai ke tujuan. Kerana perjalanan ini akan ada akhirnya. jalan ini ada hujungnya, miskipun tidak nampak saat ini,terlihat begitu berliku, terasa begitu sukar, perjalanan ini akan ada akhirnya.

Buat diriku khususnya, jangan berhenti bila tiba masa sampainya. i need istirehat sejenak saat lelah , 4 tahun setengah memerlukan kesabaran yang luar biasa untuk sampai ke puncaknya. Yang dek di akal fikiran aku pun,bagaimana harus aku laluinya... Jalan ni akan terasa makin jauh bila kita berterusan mengeluh. REHAT bentar...

Belajarlah untuk melepaskan beban yang tidak perlu agar langkah kita terasa ringannya. Juga belajar mengambil keputusan setiap kali bertemu persimpangan. Bahawa bila kita melaluinya , kita memahami bahawa tujuan itu ada di depan bukan di belakang. KITA TIDAK PERLU KEMBALI PADA MASA LALU KERANA TUJUAN ITU TIADA DI SANA..

Langkah kaki ini kelak menjadi saksi bahawa perjalanan telah dibuat di Tanah Bumi Syam,Jordan. Perjalanan telah menjadi cerita dan kita dengan bahagia dapat mengatakan bahawa perjalanan ini tidak ada apa-apa jika dibandingkan dengan rasa bahagia , apabila kita tahu ketika itu perjalanan ini PASTI sampai pada TUJUANNYA.

Maka kita merayakan ia dengan rasa SYUKUR dan SUJUD padaNYA. <3

Selepas 2 tahun, aku perlu kembali menulis..Orang menulis ni sebenarnya sedang JATUH CINTA.huhu....Jatuh cinta pada masalahnya, amarahnya, dan kegelisahannya, sehingga dia nak benar menulis dan menuangkan pada sebuah catatan agar menjadi rakaman kata...

Sesuatu yang mungkin tidak pernah dia lakukan. Sesuatu yang terpaksa dia lakukan untuk sebuah pelajaran baginya. Dia sedang jatuh cinta pada sesuatu yang terjadi dalam hidupnya...

Sebab, suatu hari bila keadaanya telah berubah, saat hidup dia menjadi lebih baik, saat fikirannya menjadi lurus dan jernih, suatu hari dia membaca tulisan nya sendiri, Dia akan tersenyum membacanya. Sama seperti dua tahun lalu.... Dia akan tertawakan dirinya sendiri,, ternyata dia pernah seperti itu. huhuhu




Ahad, 22 November 2015

misi kemanusiaan syria

20hb November 2015(JUMAAT)

Terpahat satu memori yg mengetus hatiku, bersamanya ku dengan anak-anak Syria, dlm satu Misi Kemanusiaan anjuran Kelab HaluanSiswa Jordan besama delegasi Haluan Malaysia.. Misi kali ini, catatan aku sendiri bersama meraka si anak syurga.

Seawal jam 7.30 pagi, kami bergerak dengan dua buah coster (bas kecil) ke Sakan Karamah, Amman, yang mana sakan itu dibawah jagaan ICCS iaitu sebuah NGO arab di Jordan. Perjalanan mengambil masa dua jam. *lentuk kejap*

Pagi itu, kami dipersembahkan dengan persembahan comel mereka, alunan al-quran si cilik menggetarkan jiwa. (T.T) Nyanyian yg best. haha. Semangat sangat mereka, Tak penat ke? banyak juga sebenarnya persembahan mereka. Kami pulak yang penat tepuk tangan.huhu. Nampak tak sebenanrnya mereka sangat merai kehadiran kami pelajar-pelajar Jordan.

Sebenarnya apa yg aku cerita adalah,, apabila aku dekati dan duduk bersama mereka, satu getaran yg aku rasa, Perasaan dipeluk, di cium oleh anak-anak sekecil 8, 12, dan 13 tahun. Nama mereka Tasnim, Rawan dan Thabit. Kami saling bercerita. Bertanya keadaan Syria. Malah mereka kata mereka sebenarnya sangat rindukan negara mereka.Ucapan daripada mulut mereka seolah-olah doa untuk kembali ke negara mereka lagi.

Daripada mereka sudah tiada mak ayah. dan tinggal bersama datuknya. Patutlah aku perati dari tadi dia duduk sangat rapat dengan aku, Seolah-olah minta diberi perhatian.huhu

Aku selutkan tangan aku dalam poket. aku keluarkan gula-gula daripadanya. waa, suka sangat mereka :D Senyuman terpancar. Begitu sakali dia nak bermanja dengan aku.HAHA

Kadang dia sengaja berdiri, melompat duduk atas riba aku. tiap kali itu dipeluknya, diciumnya. huhu. Walaupun, waktu tu aku agak kekok,sebab kurang biasa dgn keadaan macam ni, tapi aku biarkan sahaja dia berbuat demikian. Yalah, bukan selalu aku dapat moment begini. ntah bila lagi dpt rasa...

Bila dia meminta utk dibelai, dimanja, diasuh, begitu la yang aku rasai saat dipeluk oleh mereka, Walaupun sepatutnya aku yang memeluk mereka bukan dipeluk mereka.:3 Tapi itulah yg aku belajar.
Satu perasaan yang aku tidak dapat nak diceritakan. *nangis*

aku belajar macam mana nak "caring"

Tasnim, Rawan, Thabit.. sebenarnya korang telah beri aku satu semangat...huaaa.. kuatkan semangatku, Seolah-olah yang mengatakan Jangan pernah pudar. Jangan pernah Gentar. huhuhu..

so, fighting!


****
Coretan Tahun3,semesta satu
Pengalaman itu yang berharga. :D

Rabu, 11 Februari 2015

Sahabat?


Wahai sahabat pembaca, alangkah manisnya hidup ini sekiranya kita dapat bersua muka, tegur -menegur, nasihat- menasihati dan ingat-mengingati dalam suasana persaudaraan yang penuh keamanan. 

Saat itu, segala-galanya kita curahkan kerana Allah SWT tanpa sebarang kepentingan dan rebutan beralaskan gemerlapan dunia. Saat itu, keikhlasan dan kejujuran adalah modal ukhuwah ini. Ketahuilah, dunia hari ini sudah kehilangan suasana insan yang bersilaturahim, berkasih sayang dan bersahabat kerana Allah SWT. Yang ada, berkawan, bergeng dan berkenalan kerana “projek”, kerana kepentingan “masa hadapan”, kerana hal-hal dunia yang tidak berkesudahan dan kerana hal-hal yang melalaikan. 


Justeru, sahabat  – diri ini perlukan sahabat, teman dan taulan yang sudi memimpin tangan ke lorong Ilahi, menegur jika diri ini kealpaan menguasai diri  dan menarik tangan ke landasan andai tergelincir hingga terseliuh "kaki". Masihkah, ada yang sudi?

                                                                                                 

Khamis, 29 Januari 2015

Cerita keluarga Syria

[ Cerita aku bersama keluarga Syria ]

Dek kerana Winter

aku bertelingkup di dalam hirom(selimut tebal)
kesejukkan....

Bersama aku, sebuah keluarga yang melarikan diri dari negaranya, akibat peperangan. kami memanggilnya Ummu Imron. Berasal dari Syria. Ummu Imran sedang membesarkan 4 orang anaknya yang comel-comel. Suami tiada. bekerja di Kuwait,mencari nafkah buat keluarga..

Ummu Imron ni jiran kepada kawan aku di Jordan. Rumah azma & ikin (tempat lepak aku aka rumah kedua selepas rumah aku)hahaha .. sangat rapat dengan mereka.

****

Malam ni, aku dan K.Nadhirah(senior aku) punya projek bersama Ummu Imron..huhu
kami nak belajar buat pizza dengan Umm Imron. Kata Ummu Imron, kebiasaan mereka (orang arab) lebih suka memasak sendiri berbanding beli d mat3am(restoran)..katanya tahap kebersihan tu kurang..

ni tambahan sebab kak.Nadhi ni suka makan pizza orangnya, hahaha.
aku join sekaki..ye lah, dengan seniorlah kita ambil peluang. nak buat memandai, takut lain jadinya.hihi


***

Kembali cerita Umm Imran..Mereka asalnya dari Syria, nama tempat specific aku tak ingat... Ketika Syria bergolak, mereka melarikan diri dan berpindah ke Jordan.Keluarga Ummu Imran ni bernasib baik. Kerana suaminya mempunyai pendapatan.tadi yang aku cerita , kerja di Kuwait.huhu.. Jarang biasanya orang Syria yang ada pekerjaan tetap di Jordan. Sebab polisi di Jordan  tidak membenarkan warga asing bekerja. Aku fikir mungkin faktor pekerjaan yang terhad,ntah..andaian aku je.Kiranya keluarga Ummu Imron masih dikira bernasib baik sebab suaminya bekerja sebelm Syria bergolak lagi sebelum tahun 2011..

Dan Ummu Imron ada kata juga kerajaan Jordan sebenarnya ada peruntukan untuk rakyat Syria. Setiap bulan dapat duit beberapa "Jod" menampung keperluan bagi mereka yang menetap di Jordan dan berada di luar kawasan perkhemahan . wallahualam.

Sesi buat PIZZA
Sambil aku tengok Ummu Imron buat pizza, aku bermain-main dengan anak-anaknya, Abdullah(9tahun) dan adik perempuan Syahid(7tahun). Umm Imran pernah bercerita pada kami, sebelum ini, anak-anak nya bukan keadaanya seperti sekarang,seperti kami lihat sekarang..nampak ceria, happy.

Dahulu Imran, Abdullah(10tahun) dan Syahid hidup dalam ketakutan dan tidak ceria, selera makan pun tiada sehingga mereka jadi sangat kurus.dan hampir setiap hari menangis, trauma.. Faktornya sebab perang. Mereka melihat sendiri peperangan yang berlaku dihadapan mereka. allahu akbar!

***
Ummu Imron mula membuka cerita.. *kisah peperangan berlaku*
ia berlaku petang. Mereka anak-anak sedang bersantai di luar rumah. Keluar bermain petang-petang dengan anak-anak jiran mereka yang lain di Syria. kata Ummu Imron, mereka sedang berbahgia ketika itu..yalah, seronok, luang masa dengan anak-anak, berborak cerita dengan jiran tetangga.

Tetiba sedang berseronok itu, kedengaran satu letupan bom. Datang letupan itu kawasan rumah mereka. Kelihatan satu jet diatas sedang berlegar-legar..sedang menuju ke satu arah. Allahu Akhbar!! aku rasa nak menangis time ni...!!! Mendengar cerita mereka pun amat2 sedih,apatah lagi mereka hadapi. Berat ujian buat mereka...

Sambung kembali cerita Ummu Imron, ketika itu, katanya, rumah jiran-jiran diletupi dengan bom-bom yang datang dari atas..sebahagian dr belakang hancur.Keadaan cemas..Lantas, Ummu Imron panggil anak-anaknya lari selamatkan diri..dan pulang ke rumah mereka yg agak jauh sedikit.

Jet waktu itu jauh lagi dari mereka. Ummu Imron suruh kami bayangkan, sedang berlari menuju pulang ke rumah, Jet yang tadi di belakang sedang melempar bom daripada atas. Letupan demi letupan berbunyi... dan begitulah apa yang dilihat oleh anak-anak Ummu Imron.

Kaki anak-anak sekecil 7-9tahun itu kaku, tidak mampu berjalan apatah lagi berlari. apabila menoleh ke belakang sedang melihat gambaran seolah-olah kiamat sedang berlaku. (T.T)

Seorang ibu cuba untuk kuatkan langkahnya, menolak juga anak-anaknya yang tidak berdaya utk berjalan itu dari belakang untuk sampai ke rumah. Sedemikian gambaran situasi yang diceritakan oleh Ummu Imron. Mereka bersembunyi di tempat persembunyian rumah mereka yang dicipta khas, tiada yang tahu...

Daripada kejadian tu, Ummu Imron akan pastikan setiap anak-anak ada dihadapannya. Bekalan makanan cukup untuk menampung kehidupan mereka seketika.  dan ketika itu suaminya masih bekerja di Kuwait dan mampu lagi menyalurkan makanan untuk mereka secara tersembunyi..

Mereka juga ada bahagian tempat sembunyikan makanan. Tempat itu dirahsiakan, jika diketahui, teruk mereka dikerjakan.

Pernah juga satu ketika, Ummu Imron cerita, Syahid tiada di rumah. Umm Imran menjerit melalak cari Syahid, anak perempuannya. mau tak risaunya, bercampur baur perasaan seorang ibu mencari anaknya yang entah kemana. Dan rupanya, Syahid berada di bawah tangga sedang melutut ketakutan dalam keadaan menangis teresak-esak. Waktu itu, Syahid berusia 4tahun.

Allahu Akhbar.!!

Tidak dapat dibayang dengan bayangan akal perkara yang diceritakan itu.

Budak yang baru ingin membesar,dan usia sebesar itu sudah mengenal berbagai jenis bom, pistol, senapang, dari sekecik kecilnya bentuk. Begitulah yang diceritakan oleh Ummu Imron kepada kami. peristiwa hitam yang mereka lalui sebelum berhijrah ke Jordan.

Dan senyum yang terukir diwajah mereka hari ini, adalah senyuman yang penuh makna buat aku khususnya..ya, bumi yang sedang aku pijak ini, adalah benar-benar bumi yang sedang mengajarkan aku sesuatu... *nangis*

 Dann,
Pizza siap dihidang dan dimakan bersama. SEDAP sangat!!! ini sangat rear kalah pizza hut. nyummy! ^^


***
Coretan aku di tahun dua di bumi Jordan
Cerita keluarga Umm Imran Syria membuka mata kami





Sabtu, 24 Januari 2015

Belajar mendalami hati

| MISSION 2&3 |

cerita semalam

dari pagi sehingga malam

tung..tang..tung..tang

kedengaran di dapur

 makanan kami sajikan buat housemate

dan teman-teman yang masih berjuang dalam exam

kami bukan sekadar mengisi masa

dengan main masak-masak di dapur

tapi ada mission yang lebih besar !

huhu..




***
Allahu, tengah main-main masak di dapur pun

sebenarnya sedang belajar

bagaimana untuk menyantuni hati seseorang

Hati orang, buka hak kita.

bukan senang, lagi-lagi bila dia seorang yang berprinsip

Hanya ALLAH pemilik hati itu

Moga Dia terus jaga dan pelihara sahabatku.




***

Hari ini pula, siap misi kedua.

kek karemel pelangi

penuh kesabaran nak bakingnya.haha

Sabar lagi sewaktu awal belajar dengan gurunya.

Namun yang itulah digemari semua

Tak pe, asalkan semua orang BAHAGIA.

Orang makan bahagia, kita buat pun bahagia. :D





















Khamis, 22 Januari 2015

Belajar dari kisah Aisyah Ummul Mukminin

| MISSION 1 |

Telefon menyala cahaya. 

Tanda mesej dari whatsapp masuk

Lekas aku ambilkan 

Nyata, seseorang bertanyakan khabar akan diri di sini

Prihal pelajaran yang tidak jemu diingatkan.

Peluangku untuk belajar adalah peluang yang sangat berharga

Pintu-pintu ilmu terbuka luas di hadapan

Aku telah pun memasuki salah satu pintu tersebut yang sesuai yang diinginkanku

Aku akan menghiasi diri dengan perhiasan ilmu yang tidak ternilai harganya

Bahkan ia berupaya untuk mempertajamkan pemikiranku

menghaluskan perasaan dan mematangkan keperibadian. 



Sambil, 

Menelaah buku berjudul "شخصية المراه المسلمة" 

Banyak yang menarik perhatianku prihal penguasaan wanita muslimah dibidang ilmu.

Dalam buku ini menyatakan, seorang ibu yang sibuk menguruskan rumah tangga pun digalakkan untuk membaca buku.

Kerana ia menyedari bahawa membaca adalah sumber yang menyiram akal dengan ilmu pengetahuan

dan mensuplai makanan yang akan menghantarkan pada keterbukaan fikiran,kedewasaan,pengembangan diri dan kesuksesan. 


Meneliti surah Thaha :114

'Dan katakanlah: Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan.' 


Setiap masa dan keadaan, 

Ilmu itu wajib dipelajari


Ketika bacanya kisah iaitu 'Aisyah Ummul Mukminin. Dia adalah seorang wanita yang vokal dan kritis dalam menyuarakan kebenaran.Dia tidak pernah mendengar sesuatu hal yang baru yang tidak tahu, melainkan dia akan bertanya tentang masalah tersebut dan menelaahnya secara mendalam, hingga dia benar-benar mengetahuinya. Selain dia menguasai berbagai ilmu, dia juga memiliki kefasihan lidah dan perkataannya sangat menyentuh jiwa. Apabila dia berbicara, maka dia dapat memikat hati siapa yang mendengarnya. 


Maka, apa lagi yang dinafikan

Bahkan 'Aisyah membuat persiapan yang jelas nampak hebat

Tiada lagi yang perlu dilengahkan

Ambillah ikhtibar darinya, Persiapan akal dan roh

Ilmu yang di tuntut wajib diamalkan

Majulah ke hadapan dengan ilmu yang kau pelajari.



Tahun 2 Ekonomi dan Perbankan Islam, Jordan-