Selasa, 21 Januari 2014

معركة يرموك "Ma'rikah Yarmouk"


Catatan 1
Kali ini coretan perjalananku bersama rakan-rakan yang dibawa bersama BKAPJ (iaitu badan anak negeri perak). Perjalanan selama 5 hari 4 malam membawa aku berfikir bertapa hebat nya sejarah dan tamadun dahulu. Peninggalan mereka membawa pengertian yang besar buat kita. Walaupun mereka sudah lama meninggalkan kita, namun jasa dan sirah mereka sentiasa diingati sehingga ke hari ini. Bahkan ini membuatku lebih bercita-cita untuk mendalami sejarah sahabat-sahabat nabi.


Distinasi pertama kami,معركة يرموك
MA'RIKAH YARMOUK


Pertempuran Yarmouk adalah perang diantara Muslim Arab dan pasukan Romawi Timur(Byzantium) pada tahun 636 m. Pertempuran ini dilihat sebagai salah satu pertempuran penting dalam sejarah dunia, kerana ia menandakan gelombang besar pertama penaklukan Muslim di luar Tanah Arab dan kemasukan Islam ke Palestian,Syria dan Mesopotamia yang mana rakyatnya adalah penganut agama Kristian. Pertempuran ini terjadi semasa pemerintahan Umar ibn Al-Khattab, khalifah Rasyidin yang kedua.Pertempuran ini juga merupakan salah satu kemenangan bagi Khalid ibn Al-Walid yang paling gemilang, dan megukuhkan lagi reputasinya sebagai salah seorang panglima yang berkebolehan. Sejarah telah menyaksikan kehebatan seorang tokoh pejuang Islam yang mampu menghadirkan idea-idea bernas dalam mengatur dan menyusun strategi perang yang cukup utuh serta berkesan.Beliau telah meletakkan pasukannya dalam barisan sepanjang 18 km, Khalid Al-Walid telah mengendalikan perang ini dengan strategi bertahan dan melakukan serangan balas ketika pertengahan hari. Kondisi ini terus berlangsung selama 4 hari. Pada hari kelima, pasukan Romawi cuba membuat gencatan senjata, tetapi gagal. Pada hari keenam, beliau mengubah strateginya menjadikan penyerangan lebih efektif. Pasukan Romawi kalah pada hari itu juga. Pertempuran Yarmouk merupakan salah satu dari contoh pertunjukan strategi perang yang tak terjangkau hebatnya di mana pertempuran ini mempertaruhkan sejumlah pasukan Islam yang jauh lebih kecil iaitu sebanyak 30 000 – 40 000 orang berbanding tentera Romawi sebanyak 150 000 – 240 000 orang.Namun pasukan Islam masih mampu bertahan, bahkan menang melawan pasukan yang sangat besar jumlahnya. Pada hari keenam Pertempuran Yarmouk, Khalid Al-Walid baru menerapkan strategi menyerang kerana beliau telah mengetahui akan kendurnya pertahanan pihak musuh serta sikap buruk yang mereka tonjolkan. Pertempuran ini terjadi selama empat tahun setelah Nabi Muhammad S.A.W meninggal pada 632 m. Ia dilanjutkan pada zaman pemerintahan khalifah pertama,Saidina Abu Bakar As-Siddiq , yang cuba membawa seluruh bangsa yang bertutur dalam bahasa Arab yang berada dibawah naungan orang Muslim. Pada 633 m, pasukan Islam telah menyerang Syria, dan setelah berbagai halangan dan pertempuran kecil berlaku,akhirnya pasukan Islam berhasil merebut Damascus yang kini dikenali sebagai Damsyik pada 635 m. Pasukan Romawi Timur telah mengatur sebuah pasukan sekitar 40 000 orang setelah mengetahui Damsyik dan Emesa telah jatuh ketangan pasukan Islam. Pergerakan pasukan Romawi Timur yang besar ini menyebabkan pasukan Islam di bawah kendalian Khalid ibn Al-Walid meninggalkan kota-kota, dan mundur ke selatan menuju ke Sungai Yarmouk. Sebahagian pasukan Romawi Timur di bawah Theodore Sacellarius dikalahkan di luar Emesa.Pasukan Islam di bawah naungan Khalid ibn Al-Walid bertemu komandan Romawi Timur lain, Baänes di lembah Sungai Yarmouk pada akhir bulan Julai. Setelah sebulan pertempuran kecil-kecilan, tanpa aksi yang menentukan, kedua pasukan akhirnya berkonfrontasi pada 20 Ogos. Menurut sumber Muslim, telah datang pertolongan Allah SWT. kepada tentara Islam dengan berhembusnya angin selatan yang kuat meniup awan debu ke muka orang-orang Kristian. Kejadian ini persis seperti yang terjadi kepada pasukan Persia dalampertempuran Qadisiyyah. Prajurit menjadi lesu di bawah panas terik mentari. Meskipun begitu, Khalid Al-Walid terdorong untuk mundur. Namun meskipun jumlah pasukannya hanya setengah prajurit Romawi Timur, mereka lebih bersatu daripada pasukan Ketentaraan yang terdiri dari orang Armenia,Slavia , Ghassanid dan juga pasukan Romawi Timur biasa. Disamping itu juga, orang Islam berhasil memainkan peranan dalam mempengaruhi pasukan Romawi Timur untuk beralih posisi. Tugas ini dipermudahkan lagi dengan kenyataan bahawa Kristian Arab, Ghassanid belum dibayar selama beberap bulan dan Kristian Monophysitenya ditekan oleh Ortodoks Romawi Timur. Sekitar 12 000 orang Arab Ghassanid telah membelot. Pasukan Kristian mara menuju ke kem wanita Arab dan keluarganya Akhirnya mereka berjaya diusir dengan bantuan daripada beberapa wanita Arab. Mereka kembali untuk melakukan serangan balas. Kebanyakan prajurit Baänes dikepong dan dibantai, atau digiring menuju kematiannya di sebuah jurang terjal. Sebagai hasilnya, seluruh kawasan Syria terbuka untuk Muslim Arab. Damsyik direbut kembali oleh orang Islam dalam waktu sebulan, dan Jeruselam turut jatuh tidak lama kemudian.

moga bahan bacaan yang diambil drp ni (http://mmyjordan.blogspot.com/2009/06/peperangan-yarmouk.html) sedikit sebanyak dapat membantuku untuk lebih mentadabur sirah2 para sahabat. Sirah yang diceritakan oleh Ustaz Badrul Naim Sharipuddin(ketua rombongan kami yang merupakan YDP BKAN Perak) dari mula hingga akhir lebih membuat ku untuk menghayati kisah-kisah ni. Moga perjalananku bersama pengisian iman bukan hanya mengisi masa terluang. 




pemandangan di sekitar tapak peperangan yarmouk





     Pedang yang dikatakan sebagai tanda kekuatan muslimin.



Ni, dah kat kawasan luar. Nampak pemandangan cantik dan rasa tertarik nak ambil gambar.Waktu ni tersangatlah sejuk sebenarnya. Time makan terketar-ketar tangan nak makan. Walaupun dah pakai berlapis-lapis tapi still lagi rasa tak tahan.haha. Ok, dah keluar topic ni.. ^__^




                                   







Tiada ulasan:

Catat Ulasan