Catatan 3
Makam yang aku lawati adalah salah satu makam sahabat Nabi. Seorang yang sangat luar biasa malah dapat menginsafi kembali diri ini yang terlalu banyak kekurangan. Sirah Nabi dan sahabat-sahabat meningkatkan kembali semangat di kala lemah dan sedih..
Makam yang aku lawati adalah salah satu makam sahabat Nabi. Seorang yang sangat luar biasa malah dapat menginsafi kembali diri ini yang terlalu banyak kekurangan. Sirah Nabi dan sahabat-sahabat meningkatkan kembali semangat di kala lemah dan sedih..
Kenali sahabat Nabi..
Pada waktu Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah, Muadz sentiasa berada bersama dengan Rasulullah sehingga ia dapat memahami Al-Quran dan syariat2 Islam dengan baik, Hal tersebut membuatnya di kemudian hari muncul sebagai seorang yang paling ahli tentang Al-Quran dari kalangan para sahabat. Ia adalah orang yang paling baik membaca Al-Quran dan yang paling memahami syariat-syariat Allah. Oleh sebab itulah Rasulullah memujinya dengan bersabda:
"Yang ku maksud umatku yang paling alim tentang halal dan haram ialah Muadz bin Jabal."
(Hadis Tirmidzi dan Ibn Majah)
Ia meriwayatkan hadis dari Abdullah bin Umar dan meriwayatkan darinya ialah Anas bin Malik, Masruq, Abu Thufail Amir bin Wasilah. Selain itu, Muadz merupakan salah satu dari enam orang yang mengumpulkan Al-Quran pada zaman Rasulullah.Setelah kota Mekah didatangi oleh Rasulullah, penduduk Mekah memerlukan tenaga-tenaga pengajar yang tetap tinggal bersama mereka untuk mengajarkan syariat agama Islam. Rasulullah lantas menyanggupi permintaan tersebut dan meminta supaya Muadz tinggal bersama dengan penduduk Mekah untuk mengajar Al-Quran dan memberikan pemahaman kepada mereka mengenai agama Allah. Sifat terpuji beliau juga jelas terlihat manakala rombongan raja-raja Yaman datang menjumpai Rasulullah utk mengistiharkan keislaman mereka dan meminta kepada Rasulullah memilih Muadz untuk memegang tugas itu bersama-sama dengan beberapa orang para sahabat. Rasulullah mempersaudarakan dengan Abdullah bin Mas'ud. Nabi mengirimnya ke negeri Yaman untuk mengajar, memberikan pengetahuan agama dan mendidik sampai menghafal Al-Quran kepada penduduk Yaman. Rasulullah menghantarnya dengan berjalan kaki sedangkan berkenderaan, dan Nabi bersabda kepadanya:
" Sungguh, aku mencintaimu."
Lantas beliau mewasiatkan kepada Muadz dengan bersabda:
" Wahai Muadz! kemungkinan kamu tidak akan dapat bertemu lagi dengan aku selepas tahun ini."
Kemudian, Muadz menangis kerana terlalu sedih untuk berpisah dengan Rasulullah s.a.w. Selepas peristiwa tersebut ternyata Rasulullah wafat dan Muadz tidak dapat melihatnya.
Muadz sangat terpukul atas kepulangan Rasulullah s.a.w. Ia bahkan menangis tersedu-sedu selama beberapa saat. Namun ia segera menyadari tanggungjawab dakwah di pundaknya. Ia sentiasa menjaga semangat keislamannya agar tidak pernah surut. Setelah Umar Al-Khatab dilantik menjadi khalifah, ia mengutuskan Muadz untuk mendamaikan pertikaian yang terjadi di kalangan Bani Kilab. Muadz pun berjaya menjalankan misi itu.Pada zaman emerintahan khalifah Umar pula, gabenor Syam( sekarang mesir) mengirimkan Yazid bin Abi Sufian untuk meminta guru bagi penduduknya. Lalu Umar memanggil Muadz bin Jabal, Ubaidah bin As-Shamit, Abu Ayyub Al-Ansari, Ubay bin Kaab dan Abu Darda dalam satu majlis. Khalifah Umar berkata kepada mereka : "Sesungguhnya saudarakamu di negeri Syam telah meminta bantuan daripada aku supaya menghantar siapa sahaja yang dapat mengajarkan Al-Quran kepada mereka dan memberikan pemahaman kepada mereka tentang agama Islam. Oleh kerana itu, bantulah aku untuk mendapat tiga orang dari kalangan kamu. Sekiranya kamu ingin membuat pengundian, kamu boleh membuat undian, jika tidak aku akan melantik tiga orang dari kalangan kamu." Lalu mereka menjawab, "Kami tidak akan membuat pengundian dengan memandang bahawa Abu Ayyub telah terlalu tua, sedang Ubay pun sentiasa mengalami kesakitan, dan yang tinggal hanya kami bertiga saja. Kemudian Umar berkata mereka, "Kalian mulailah bertugas di Hims, sekiranya kamu suka dengan keadaan penduduknya, bolehlah salah seorang diantara kamu tinggal di sana. Kemudian salah seorang daripada kamu hendaknya pergi ke Damsyik, dan seorang lagi pergi ke Palestina."
Lalu mereka bertiga keluar ke Hims dan mereka meninggalkan Ubaidah bin As-Shamit di sana, Abu Darda' pergi ke Damsyik. Muadz bin Jabal terus berlalu pergi ke negara Urdun(Jordan) pada saat negeri tersebut tengah terserang wabah penyakit menular. Muadz bin Jabal wafat pada tahun 18H ketika terjadi wabak hebat di Urdun tersebut, waktu itu usianya 33 tahun.
sumber: Biografi Muadz-Ibn Hajar Asqalani.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan