Jumaat, 25 Ogos 2017

Sinar cahaya



" Allah memilih anak ibu jadi wakil sebab Allah nak bagi 
tajribah yang sangat besar sebelum pulang Mesia.  " 

T.T 
air mata laju mengalir. its hard to me! how i can hadle without any syabab ??!

Tak pernah handle, tetiba dapat satu job gedebuk..ikutkan hati mahu saja tolak. cukup kisah lalu membuatkan aku rasa perit laluinya. Aku perlu belajar melupakan.

Dulu ada peristiwa membuat aku tak suka pada lelaki.dasyat..bila aku cerita kat kawan-kawan aku, mereka semua terkejut.Sebab syabab ni selalu buat aku nangis...tak cuba nak memahami jiwa seorang perempuan. Tetiba syabab tu nak merajuk dengan aku dengan alasan yang tak masuk akal. kecoh time tu sampai rasa begitu down. fokus semuanya hilang. depan orang bolehlah cool, tapi bila bersendirian, laju air mata keluar. tak tahan sangat..  aku sensitif,bila berkeadaan begitu lagi membuatkan aku sensitif..

Sejak dari kejadian itu sebenarnya aku nekad, aku tak namberurusan dengan mana-mana lelaki..cukuplah satu ni sahaja... 

tapi THIS PART..!
" Allah memilih , bersedia atau tidak, itu ketentuan  .... "-ibu

 i can't...aku perlu mengorbankan diri aku lagi kah? huhuhu

Job ini memerlukan kau berurusan dengan syabab. aku fikir aku mulainya. kian ego perlu aku turunkan dikit..ternyata menjatuhkan perasaan itu tidak semudah bawang, tak semudah yang difikirkan. Bahkan jika aku lakukan demikian, mungkin sampai saat itu aku belum dapat wujudkan, sebuah perasaan harmoni. 

Harus jatuh berdebom, harus tertolak, harus kembali meniti hati yang kekacauan, perasaan yang tak terdefenisi, dan perlu memahami defini yang benar-benar tentang kau. 

mewujudkan nya ternyata benar-benar menguras perasaan..Perjalanan itu membuat aku harus patah berkali-kali. AKU harus membangunkan kembali sesuatu yang baru. Aku harus mengenali kembali definisi2 baru dalam hidup ini, menunggu, yang terbaik, dan banyak kata-kata lain yang seolah-olahnya berubah makna setiap kali aku menemui peristiwa baru.

Mewujudkan keadaan ini menjadi lebih pasrah, lebih berserah, bahawa sungguh aku benar-benar bukan yang terbaik unutk lakukannya. Aku hanya perlu mengusahakan yang terbaik, tetapi tidak tahu apa yang terbaik. 

Hari ni aku menenggelamkan diriku dalam sebuah tujuan. kerana aku masih percaya bahawa tujuan yang sama akan mempertemukan orang-orang yang ikhlas dalam berjuang.  

Mungkin perasaan putus asa, sakit hati, dikhianati, tak beerti, atau merasa apa2 yang membuatkan kita konklusi pendek bahawa hidup tak de erti.. Saat kita menilai demikian, sebenarnya pada dasarnya sedang mencerca Tuhan yang telah menciptakan kita, kerana PASTI APA YANG SUDAH TERJADI, TUHAN SUDAH ATURKAN SESUATU PADA KITA SAAT KITA DICIPTAKAN...

Ada TUJUAN kenapa kita dicipakan.  Ada SEBAB mengapa kita harus ada. Kat kak adnin " zaman IPT, zaman paling best dalam mengendalikan sesuatu. kadang keadaan kita tak sama, jiwa kena kental lebih skit ja..minta dengan ALLAH kekuatan dan semuanya.. " 

kalau kak Adnin boleh yakin dengan aku, kenapa aku tidak? harusnya lebih yakin, bukan.

Saaat kita bertanya dan mencari alasan mengapa kita harus berjalan sejauh ini, ada orang yang diam-diam sedang mendoakan kita menaruh kepercayaan yang tinggi. Hidup aku adalah alasan "mereka" untuk terus melangkah dan melancutkan hidup dan bertahan sejauh ini. Dan salah satu asbab terbesar juga kerana orang tuaku..

Keberadaan kita mungkin menjadi alasan untuk hidup orang lain. Saat kita merasai segala yang terjadi dalam hidup ini, bahkan merasa tak beerti, mungkin sahaja ternyata begitu bermakna dan beerti buat orang lain...

Kita terlalu egois terlalu memikirkan diri sendiri sahaja T.T

Mungkin esok kita kan menyesali bila hari ini , saat ni (aku menulis) tidak duduk memikirkan sejenak..hanya mahu memenangkan diri sehingga insan di sekitar kita terabai selama ini..akur , hidup bersendiri itu lebih menyenangkan, kita tidak perlu mendiskusikan dengan sesiapa pun apa yang tidak puashatian apa yang kita inginkan...Tapi bukankah bila hidup bermasyarakat itu lebih menarik? 

Kita akan menangisi sebuah peristiwa yang mengajarkan diri untuk bersikap lebih matang. Dan kita akan syukuri mereka ini menanti bersama kita di tempat abadi. Belajarlah berterima kasih kepada mereka kerana mereka mungkin menjadikan kita insan pada hari ini.

Dan itulah alasan keberadaanmu di bumi Sham ini. Salurkan doa sucimu buat kami yang sedang bertatih dalam dunia kehidupan. Keniscayaan. :'0

doakan mujaheeda terusan ya ;')  !







Orang yang munulis

Kembali kepada blog..huhu

perjalanan orang yang menulis...

after 2 years ago.
kufikir dah lupus, rupanya masih wujud. malah masih boleh menulis pula :)

ya Tuhan, betapa cepat sesutu berupa. kini berada di tahun akhir pengajian di Jordan.Aku ingin mengukir sebuah kenangan indah disini. Dalam perhitungan yang bagiku begitu singkat, segala sesuatu boleh berubah.Doakan yang baik-baik untuk kami semua akn sebuah perjalanan yang baik

Pasti sebuah perjalanan itu akan sampai pada tujuannya. Semoga sesiapa pun yang sedang menuju atau dituju, segara sampai ke tujuan. Kerana perjalanan ini akan ada akhirnya. jalan ini ada hujungnya, miskipun tidak nampak saat ini,terlihat begitu berliku, terasa begitu sukar, perjalanan ini akan ada akhirnya.

Buat diriku khususnya, jangan berhenti bila tiba masa sampainya. i need istirehat sejenak saat lelah , 4 tahun setengah memerlukan kesabaran yang luar biasa untuk sampai ke puncaknya. Yang dek di akal fikiran aku pun,bagaimana harus aku laluinya... Jalan ni akan terasa makin jauh bila kita berterusan mengeluh. REHAT bentar...

Belajarlah untuk melepaskan beban yang tidak perlu agar langkah kita terasa ringannya. Juga belajar mengambil keputusan setiap kali bertemu persimpangan. Bahawa bila kita melaluinya , kita memahami bahawa tujuan itu ada di depan bukan di belakang. KITA TIDAK PERLU KEMBALI PADA MASA LALU KERANA TUJUAN ITU TIADA DI SANA..

Langkah kaki ini kelak menjadi saksi bahawa perjalanan telah dibuat di Tanah Bumi Syam,Jordan. Perjalanan telah menjadi cerita dan kita dengan bahagia dapat mengatakan bahawa perjalanan ini tidak ada apa-apa jika dibandingkan dengan rasa bahagia , apabila kita tahu ketika itu perjalanan ini PASTI sampai pada TUJUANNYA.

Maka kita merayakan ia dengan rasa SYUKUR dan SUJUD padaNYA. <3

Selepas 2 tahun, aku perlu kembali menulis..Orang menulis ni sebenarnya sedang JATUH CINTA.huhu....Jatuh cinta pada masalahnya, amarahnya, dan kegelisahannya, sehingga dia nak benar menulis dan menuangkan pada sebuah catatan agar menjadi rakaman kata...

Sesuatu yang mungkin tidak pernah dia lakukan. Sesuatu yang terpaksa dia lakukan untuk sebuah pelajaran baginya. Dia sedang jatuh cinta pada sesuatu yang terjadi dalam hidupnya...

Sebab, suatu hari bila keadaanya telah berubah, saat hidup dia menjadi lebih baik, saat fikirannya menjadi lurus dan jernih, suatu hari dia membaca tulisan nya sendiri, Dia akan tersenyum membacanya. Sama seperti dua tahun lalu.... Dia akan tertawakan dirinya sendiri,, ternyata dia pernah seperti itu. huhuhu




Ahad, 22 November 2015

misi kemanusiaan syria

20hb November 2015(JUMAAT)

Terpahat satu memori yg mengetus hatiku, bersamanya ku dengan anak-anak Syria, dlm satu Misi Kemanusiaan anjuran Kelab HaluanSiswa Jordan besama delegasi Haluan Malaysia.. Misi kali ini, catatan aku sendiri bersama meraka si anak syurga.

Seawal jam 7.30 pagi, kami bergerak dengan dua buah coster (bas kecil) ke Sakan Karamah, Amman, yang mana sakan itu dibawah jagaan ICCS iaitu sebuah NGO arab di Jordan. Perjalanan mengambil masa dua jam. *lentuk kejap*

Pagi itu, kami dipersembahkan dengan persembahan comel mereka, alunan al-quran si cilik menggetarkan jiwa. (T.T) Nyanyian yg best. haha. Semangat sangat mereka, Tak penat ke? banyak juga sebenarnya persembahan mereka. Kami pulak yang penat tepuk tangan.huhu. Nampak tak sebenanrnya mereka sangat merai kehadiran kami pelajar-pelajar Jordan.

Sebenarnya apa yg aku cerita adalah,, apabila aku dekati dan duduk bersama mereka, satu getaran yg aku rasa, Perasaan dipeluk, di cium oleh anak-anak sekecil 8, 12, dan 13 tahun. Nama mereka Tasnim, Rawan dan Thabit. Kami saling bercerita. Bertanya keadaan Syria. Malah mereka kata mereka sebenarnya sangat rindukan negara mereka.Ucapan daripada mulut mereka seolah-olah doa untuk kembali ke negara mereka lagi.

Daripada mereka sudah tiada mak ayah. dan tinggal bersama datuknya. Patutlah aku perati dari tadi dia duduk sangat rapat dengan aku, Seolah-olah minta diberi perhatian.huhu

Aku selutkan tangan aku dalam poket. aku keluarkan gula-gula daripadanya. waa, suka sangat mereka :D Senyuman terpancar. Begitu sakali dia nak bermanja dengan aku.HAHA

Kadang dia sengaja berdiri, melompat duduk atas riba aku. tiap kali itu dipeluknya, diciumnya. huhu. Walaupun, waktu tu aku agak kekok,sebab kurang biasa dgn keadaan macam ni, tapi aku biarkan sahaja dia berbuat demikian. Yalah, bukan selalu aku dapat moment begini. ntah bila lagi dpt rasa...

Bila dia meminta utk dibelai, dimanja, diasuh, begitu la yang aku rasai saat dipeluk oleh mereka, Walaupun sepatutnya aku yang memeluk mereka bukan dipeluk mereka.:3 Tapi itulah yg aku belajar.
Satu perasaan yang aku tidak dapat nak diceritakan. *nangis*

aku belajar macam mana nak "caring"

Tasnim, Rawan, Thabit.. sebenarnya korang telah beri aku satu semangat...huaaa.. kuatkan semangatku, Seolah-olah yang mengatakan Jangan pernah pudar. Jangan pernah Gentar. huhuhu..

so, fighting!


****
Coretan Tahun3,semesta satu
Pengalaman itu yang berharga. :D

Rabu, 11 Februari 2015

Sahabat?


Wahai sahabat pembaca, alangkah manisnya hidup ini sekiranya kita dapat bersua muka, tegur -menegur, nasihat- menasihati dan ingat-mengingati dalam suasana persaudaraan yang penuh keamanan. 

Saat itu, segala-galanya kita curahkan kerana Allah SWT tanpa sebarang kepentingan dan rebutan beralaskan gemerlapan dunia. Saat itu, keikhlasan dan kejujuran adalah modal ukhuwah ini. Ketahuilah, dunia hari ini sudah kehilangan suasana insan yang bersilaturahim, berkasih sayang dan bersahabat kerana Allah SWT. Yang ada, berkawan, bergeng dan berkenalan kerana “projek”, kerana kepentingan “masa hadapan”, kerana hal-hal dunia yang tidak berkesudahan dan kerana hal-hal yang melalaikan. 


Justeru, sahabat  – diri ini perlukan sahabat, teman dan taulan yang sudi memimpin tangan ke lorong Ilahi, menegur jika diri ini kealpaan menguasai diri  dan menarik tangan ke landasan andai tergelincir hingga terseliuh "kaki". Masihkah, ada yang sudi?

                                                                                                 

Khamis, 29 Januari 2015

Cerita keluarga Syria

[ Cerita aku bersama keluarga Syria ]

Dek kerana Winter

aku bertelingkup di dalam hirom(selimut tebal)
kesejukkan....

Bersama aku, sebuah keluarga yang melarikan diri dari negaranya, akibat peperangan. kami memanggilnya Ummu Imron. Berasal dari Syria. Ummu Imran sedang membesarkan 4 orang anaknya yang comel-comel. Suami tiada. bekerja di Kuwait,mencari nafkah buat keluarga..

Ummu Imron ni jiran kepada kawan aku di Jordan. Rumah azma & ikin (tempat lepak aku aka rumah kedua selepas rumah aku)hahaha .. sangat rapat dengan mereka.

****

Malam ni, aku dan K.Nadhirah(senior aku) punya projek bersama Ummu Imron..huhu
kami nak belajar buat pizza dengan Umm Imron. Kata Ummu Imron, kebiasaan mereka (orang arab) lebih suka memasak sendiri berbanding beli d mat3am(restoran)..katanya tahap kebersihan tu kurang..

ni tambahan sebab kak.Nadhi ni suka makan pizza orangnya, hahaha.
aku join sekaki..ye lah, dengan seniorlah kita ambil peluang. nak buat memandai, takut lain jadinya.hihi


***

Kembali cerita Umm Imran..Mereka asalnya dari Syria, nama tempat specific aku tak ingat... Ketika Syria bergolak, mereka melarikan diri dan berpindah ke Jordan.Keluarga Ummu Imran ni bernasib baik. Kerana suaminya mempunyai pendapatan.tadi yang aku cerita , kerja di Kuwait.huhu.. Jarang biasanya orang Syria yang ada pekerjaan tetap di Jordan. Sebab polisi di Jordan  tidak membenarkan warga asing bekerja. Aku fikir mungkin faktor pekerjaan yang terhad,ntah..andaian aku je.Kiranya keluarga Ummu Imron masih dikira bernasib baik sebab suaminya bekerja sebelm Syria bergolak lagi sebelum tahun 2011..

Dan Ummu Imron ada kata juga kerajaan Jordan sebenarnya ada peruntukan untuk rakyat Syria. Setiap bulan dapat duit beberapa "Jod" menampung keperluan bagi mereka yang menetap di Jordan dan berada di luar kawasan perkhemahan . wallahualam.

Sesi buat PIZZA
Sambil aku tengok Ummu Imron buat pizza, aku bermain-main dengan anak-anaknya, Abdullah(9tahun) dan adik perempuan Syahid(7tahun). Umm Imran pernah bercerita pada kami, sebelum ini, anak-anak nya bukan keadaanya seperti sekarang,seperti kami lihat sekarang..nampak ceria, happy.

Dahulu Imran, Abdullah(10tahun) dan Syahid hidup dalam ketakutan dan tidak ceria, selera makan pun tiada sehingga mereka jadi sangat kurus.dan hampir setiap hari menangis, trauma.. Faktornya sebab perang. Mereka melihat sendiri peperangan yang berlaku dihadapan mereka. allahu akbar!

***
Ummu Imron mula membuka cerita.. *kisah peperangan berlaku*
ia berlaku petang. Mereka anak-anak sedang bersantai di luar rumah. Keluar bermain petang-petang dengan anak-anak jiran mereka yang lain di Syria. kata Ummu Imron, mereka sedang berbahgia ketika itu..yalah, seronok, luang masa dengan anak-anak, berborak cerita dengan jiran tetangga.

Tetiba sedang berseronok itu, kedengaran satu letupan bom. Datang letupan itu kawasan rumah mereka. Kelihatan satu jet diatas sedang berlegar-legar..sedang menuju ke satu arah. Allahu Akhbar!! aku rasa nak menangis time ni...!!! Mendengar cerita mereka pun amat2 sedih,apatah lagi mereka hadapi. Berat ujian buat mereka...

Sambung kembali cerita Ummu Imron, ketika itu, katanya, rumah jiran-jiran diletupi dengan bom-bom yang datang dari atas..sebahagian dr belakang hancur.Keadaan cemas..Lantas, Ummu Imron panggil anak-anaknya lari selamatkan diri..dan pulang ke rumah mereka yg agak jauh sedikit.

Jet waktu itu jauh lagi dari mereka. Ummu Imron suruh kami bayangkan, sedang berlari menuju pulang ke rumah, Jet yang tadi di belakang sedang melempar bom daripada atas. Letupan demi letupan berbunyi... dan begitulah apa yang dilihat oleh anak-anak Ummu Imron.

Kaki anak-anak sekecil 7-9tahun itu kaku, tidak mampu berjalan apatah lagi berlari. apabila menoleh ke belakang sedang melihat gambaran seolah-olah kiamat sedang berlaku. (T.T)

Seorang ibu cuba untuk kuatkan langkahnya, menolak juga anak-anaknya yang tidak berdaya utk berjalan itu dari belakang untuk sampai ke rumah. Sedemikian gambaran situasi yang diceritakan oleh Ummu Imron. Mereka bersembunyi di tempat persembunyian rumah mereka yang dicipta khas, tiada yang tahu...

Daripada kejadian tu, Ummu Imron akan pastikan setiap anak-anak ada dihadapannya. Bekalan makanan cukup untuk menampung kehidupan mereka seketika.  dan ketika itu suaminya masih bekerja di Kuwait dan mampu lagi menyalurkan makanan untuk mereka secara tersembunyi..

Mereka juga ada bahagian tempat sembunyikan makanan. Tempat itu dirahsiakan, jika diketahui, teruk mereka dikerjakan.

Pernah juga satu ketika, Ummu Imron cerita, Syahid tiada di rumah. Umm Imran menjerit melalak cari Syahid, anak perempuannya. mau tak risaunya, bercampur baur perasaan seorang ibu mencari anaknya yang entah kemana. Dan rupanya, Syahid berada di bawah tangga sedang melutut ketakutan dalam keadaan menangis teresak-esak. Waktu itu, Syahid berusia 4tahun.

Allahu Akhbar.!!

Tidak dapat dibayang dengan bayangan akal perkara yang diceritakan itu.

Budak yang baru ingin membesar,dan usia sebesar itu sudah mengenal berbagai jenis bom, pistol, senapang, dari sekecik kecilnya bentuk. Begitulah yang diceritakan oleh Ummu Imron kepada kami. peristiwa hitam yang mereka lalui sebelum berhijrah ke Jordan.

Dan senyum yang terukir diwajah mereka hari ini, adalah senyuman yang penuh makna buat aku khususnya..ya, bumi yang sedang aku pijak ini, adalah benar-benar bumi yang sedang mengajarkan aku sesuatu... *nangis*

 Dann,
Pizza siap dihidang dan dimakan bersama. SEDAP sangat!!! ini sangat rear kalah pizza hut. nyummy! ^^


***
Coretan aku di tahun dua di bumi Jordan
Cerita keluarga Umm Imran Syria membuka mata kami





Sabtu, 24 Januari 2015

Belajar mendalami hati

| MISSION 2&3 |

cerita semalam

dari pagi sehingga malam

tung..tang..tung..tang

kedengaran di dapur

 makanan kami sajikan buat housemate

dan teman-teman yang masih berjuang dalam exam

kami bukan sekadar mengisi masa

dengan main masak-masak di dapur

tapi ada mission yang lebih besar !

huhu..




***
Allahu, tengah main-main masak di dapur pun

sebenarnya sedang belajar

bagaimana untuk menyantuni hati seseorang

Hati orang, buka hak kita.

bukan senang, lagi-lagi bila dia seorang yang berprinsip

Hanya ALLAH pemilik hati itu

Moga Dia terus jaga dan pelihara sahabatku.




***

Hari ini pula, siap misi kedua.

kek karemel pelangi

penuh kesabaran nak bakingnya.haha

Sabar lagi sewaktu awal belajar dengan gurunya.

Namun yang itulah digemari semua

Tak pe, asalkan semua orang BAHAGIA.

Orang makan bahagia, kita buat pun bahagia. :D





















Khamis, 22 Januari 2015

Belajar dari kisah Aisyah Ummul Mukminin

| MISSION 1 |

Telefon menyala cahaya. 

Tanda mesej dari whatsapp masuk

Lekas aku ambilkan 

Nyata, seseorang bertanyakan khabar akan diri di sini

Prihal pelajaran yang tidak jemu diingatkan.

Peluangku untuk belajar adalah peluang yang sangat berharga

Pintu-pintu ilmu terbuka luas di hadapan

Aku telah pun memasuki salah satu pintu tersebut yang sesuai yang diinginkanku

Aku akan menghiasi diri dengan perhiasan ilmu yang tidak ternilai harganya

Bahkan ia berupaya untuk mempertajamkan pemikiranku

menghaluskan perasaan dan mematangkan keperibadian. 



Sambil, 

Menelaah buku berjudul "شخصية المراه المسلمة" 

Banyak yang menarik perhatianku prihal penguasaan wanita muslimah dibidang ilmu.

Dalam buku ini menyatakan, seorang ibu yang sibuk menguruskan rumah tangga pun digalakkan untuk membaca buku.

Kerana ia menyedari bahawa membaca adalah sumber yang menyiram akal dengan ilmu pengetahuan

dan mensuplai makanan yang akan menghantarkan pada keterbukaan fikiran,kedewasaan,pengembangan diri dan kesuksesan. 


Meneliti surah Thaha :114

'Dan katakanlah: Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan.' 


Setiap masa dan keadaan, 

Ilmu itu wajib dipelajari


Ketika bacanya kisah iaitu 'Aisyah Ummul Mukminin. Dia adalah seorang wanita yang vokal dan kritis dalam menyuarakan kebenaran.Dia tidak pernah mendengar sesuatu hal yang baru yang tidak tahu, melainkan dia akan bertanya tentang masalah tersebut dan menelaahnya secara mendalam, hingga dia benar-benar mengetahuinya. Selain dia menguasai berbagai ilmu, dia juga memiliki kefasihan lidah dan perkataannya sangat menyentuh jiwa. Apabila dia berbicara, maka dia dapat memikat hati siapa yang mendengarnya. 


Maka, apa lagi yang dinafikan

Bahkan 'Aisyah membuat persiapan yang jelas nampak hebat

Tiada lagi yang perlu dilengahkan

Ambillah ikhtibar darinya, Persiapan akal dan roh

Ilmu yang di tuntut wajib diamalkan

Majulah ke hadapan dengan ilmu yang kau pelajari.



Tahun 2 Ekonomi dan Perbankan Islam, Jordan-




Rabu, 21 Januari 2015

siapa aku?

Berhabuk!

sekian lama tidak buka blog.

21Jan2015.

Kini, aku di..
Tahun kedua pengajianku di Jordan.
yang mana aku merasai tiap hari-hariku
adalah sedang belajar untuk positif denganNya, 


Hidupku penuh dengan persoalan.
persoalan hidup yang membuat aku ragu-ragu utk terus melangkah..


seribu satu persoalan di benak fikiranku,
aku diletakkan dengan pelbagai tanda tanya


ternyata hidup ini bukan mudah seperti aku fikirkan,

hidup itu tak seindah hayalan, hidup itu tak semudah itu...

Aku juga berfikir, 
ternyata segala sesuatu yang berat jika di anggap bukan beban, maka akan terasa ringan dan nyaman,

sebaliknya, sesuatu yang ringan namun di anggap sebagai beban, maka akan terasa berat. 


Kitaran kehidupan, terkadang diliputi kegembiraan yang gemilang, terkadang juga sebaliknya, diri diliputi rasa sedih yang mencekam, penuh air mata dan derita. 


Namun seiring perjalanan waktu semua hanya menjadi pusaran waktu,berlalu dan melangkah pada pusaran baru, yang pasti menikmati perputaran waktu itu sungguh mengasyyikkan. (T.T)


Sungguh, bumi Jordan benar-benar bumi didikan..!Bumi Tarbiyyah untuk aku...


Jiwa perlu kental
Itulah proses yang membawa diri aku pada proses pembelajaran 
dalam menghadapi berbagai situasi, 
perlu membawa diri pada kedewasaan bersikap dan bertindak, 
lebih hakikih membawa pada sebuah pengenalan diri yang mendalam. 
Yang sepatutnya pada pengakhiran sampai pada sebuah pencapaian yang sangat Tinggi 
iaitu pendekatan kepada Sang Kholik. 

TAPI...

aku masih belum berjaya,  

aku sedang mencari siapa diriku...












Sabtu, 16 Ogos 2014

sekeping hati


   Setiap pagi kita bangun daripada tidur, Malamnya pula kita akan kembali ke tempat pembaringan kita untuk tidur. Inilah yang berlaku setiap hari dan segala pergerakan kita sudah menjadi rutin atau automatic. Kita tidak perlu berfikir lagi.
  
   Bangun, mandi, solat, dan pergi ke kuliah bagi yang masih belajar atau ke pejabat. Kitaran kehidupan sebegini telah berlalu sepanjang hidup. Yang berbeza adalah fasa hidup kita sahaja. Dulu kita kanak-kanak, sekarang remaja. Seterusnya pemuda dan akhirnya berada di penghujung kehidupan. Keadaan ini telah pun digambarkan oleh seorang sarjana, yang mengatakan: “Benang kehidupan kita digigit oleh tikus hitam dan tikus putih hinggalah benang tersebut putus.”  Tikus hitam adalah malam manakala tikus putih adalah siang. Usia kita habis dengan pertukaran malam dan siang.
   
   Begitulah yang Dia rasa sepanjang cutinya. Ibarat benang yang digigit tikus. Lemah dan terus longlai tanpa pengisian hati. Terus mati.? Nauzubillah. Apa yang digambarkan itu benar baginya. Namun dia terus mengambil alternative untuk terus hatinya hidup yang mana Blog ini membangkitkan jiwanya kembali daripada terus lemas dan hanyut.. nukilan mahupun coretan nurani ni khusus sebenarnya buat sang diri yang mencari sang penciptanya. Moga mengambil ibrah. 

KERANA AKU HAMBA-MU  
  Sebenarnya, bagi manusia yang benar-benar teguh dengan pendirian yang Allah S.W.T telah tentukan (iaitu Allah al-Rahman telah menetapkan untuk manusia hanya satu matlamat hisup, iaitu menjadi hambaNya,) matlamat ini akan menjadikan kehidupannya tidak mudah tergugat dan goyah dengan ujian dan tipu daya syaitan. Betapa nikmatnya apabila mempunyai kejelasan tujuan dalam melakukakan urusan. Inilah rahmat yang sudah cukup agung untuk melayakkan ALLAH S.W.T dipuji dan disyukuri oleh manusia buat selama-lamanya. Alhamdulillah!
   Namun, dari suatu sudut, sungguh kasihan apabila melihat kecelaruan dan kekeliruan yang dialami manusia. Apa yang tepatnya, disituasi ‘Dia’ sekarang, yang banyak membuang masa bersusah payah bagi memenuhi pelbagai matlamat yang tidak sehala yang berada di dalam hati. Astaghfirullah. Muhasabah.

SEKEPING HATI
  Manusia diciptakan hanya mempunyai sekeping hati di dalam tubuh. Duhai diri, mana mungkin engkau dapat merasai kehidupan yang tenang dan mantap dengan hati yang berpecah-pecah dan terbahagi-bahagi dalam kesetiaan dan ketundukannya? Walhal ini akan mengakibatkan berlakunya banyak pertentangandan kontradiksi dalam focus minda, perasaan dan cita-cita. Cuba kita ‘relate’kan dengan diri kita, akan ku bawakan contoh yang mana seseorang yang hidup dengan bermatlamatkan ALLAH dan juga kecintaan pada dunia. Sudah tentu kontradiksi dalam pelbagai tujuan hidupnya akan menimbulkan banyak konflik yang menggoncangkan hati dan akhirnya memusnahkan kebahagiaan. Mari kita bayangkan, gambaran berkaitan rahmat Allah S.W.T dalam firmannya surah Al-Zumar:29 “Allah membuatkan perumpamaan seorang lelaki(hamba sehaya) yang memiliki oleh beberapa orang yang berserikat dalam perselisihan dan seorang hamba sehaya yang menjadi milik penuh dari seorang saja. Adakah kedua-dua hamba sehaya itu sama keadaannya? Segala puji hanya bagi Allah, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.”
   
Oleh itu, marilah kita melihat dengan hati! Sesungguhnya Allah telah menciptakan segala sesuatu dengan rahmatNya. Kasih sayang Allah tidak pernah terpisah daripada kekuasaanNya sebagai Rabb yang mentadbir dan mengurus sekalian alam. Bukti-bukti yang menggambarkan kasih dan kekuasaan Allah dapat dilihat pada segenap pelosok alam daripada sekecil-kecil makhluk hingga kepada sebesar-besarnya. Bukankah kita telah dikurniakan hati yang dapat melihat bukti kasih suci Ar-Rahman?


Jadi, buka Kitab Suci,belek surah Al-Mulk ayat 19, Allah sedang bercakap dan bertanya pada kita. Bangunlah wahai hati yang celik! huhu

Taqwa simbol ketenangan

Selongkar satu ayat, membenih hati-hati yang kekeringan...

Penuh KERESAHAN&KERISAUAN.

Peringatan demi peringatan seharusnya perlu wujud sentiasa.huhu.aku cuba menulis sambil menghidupkan jiwa yang perlu diisi. Petikan dari sebuah majalah haluan.

Setiap manusia dianugerahkan oleh ALLAH S.W.T hati sanubari. Secara fitrahnya, manusia suka kepada hati yang tenang dan benci kepada hati yang duka.Ketenangan yang bagaimanakah?
   
Allah sangat menyukai orang yang berusaha mencipta hatiyang tenang dan tenteram. Hakikatnya, Allah jua yang memberi ketenangan dan kebahagiaan itu kepada hati manusia. Ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah al-Fath ayat 4, 

“Dialah yang menurunkan ketenteraman ke dalam hati orang yang beriman, agar mereka bertambah iman beserta iman mereka yang sedia ada.Milik Allah lah tentera langit dan bumi, dan Allah adalah maha mengetahui lagu maha bijaksana.”

Ketenangan yang hakiki mengungtungkan duniawi dan ukhrawi. Oleh sebab itu, ia mesti dicari. Ketenangan tidak akan dating bergolek sendiri. Antonim bagi ketenangan keluh kesah, risau, gundah gulana, dan sebagainya. Allah mencipta manusia dalam keadaan keluh kesah. Tetapi sekiranya seseorang individu itu melaksanakan perintah Allah, dan menjauhi larangan-Nya, Maka ia akan menjadi insane paling tenang, tenteram, dan bahagia. Perkara ini dijelaskan di dalam al-Quran surah Al-Maa’rij ayat 21, mafhumnya: “Sesungguhnya manusia itu dujadikan tabiat resah gelisah (lagi bakhil dan kedekut). Apabila ia ditimpa kesusahan, ia sangat resah dan gelisah.”

TENANG DENGAN TAKWA
Gambaran wahyu Allah diatas jelas kepada kita bahawa sifat manusia yang hatinya kosong daripada keimanan dan ketakwaan akan berada dalam keadaan gelisah, gundah gulana, dan hatinya tidak tenteram. Apabila diuji dengan musibah, ia berputus asa, sedih dan menyalahkan takdir. Apabila dianugerahkan nikmat kpdnya, ia kikir dan bakhil terhadap nikmat tersebut.Inilah antara sifat-sifat orang-orang yang rugi.

Dengan demikian jelas kepada kita bahawa keimanan kepada Allah merupakan persoalan yang besar dalam kehidupan manusia. Iman bukan sekadar kata-kata yang diucapkan dengan lisan atau bukan pula sebagai simbol ubudiyyah yang diperagakan. Sebaliknya, Iman adalah kedudukan jiwa dan manhaj kehidupan yang berteraskan ikrar dengan lisan, membenarkan dengan hati dan seterusnya dibuktikan dengan amalan. 

Iman yang memandu kita jalan yang benar. Jika digenggam dengan iman, akan aman. Keadaanmu aman dan tidak membuat kita khawatir atas sesuatu yang datang. Ia akan menuntun langkah-langkah kecil kita untuk menyapa gerbang kehidupan. Jika digenggam dengan iman, kekhawatiran berganti menjadi perjuangan, rasa takut berganti menjadi keikhlasan. 




Tenangkah aku?

“APABILA SAKINAH TURUN KE HATI, MAKA HATI MENJADI TENANG DENGANNYA, FIZIKAL JUGA TURUN
TENANG KERANANYA,TUNDUK DAN MEMPEROLEH KETENTERAMAN, LISAN MENUTURKAN KEBENARAN DAN HIKMAH, LISAN TERHALANG UNTUK MENGUCAPKAN KATA-KATA KOTOR,NISTA, SIA-SIA DAN SETIAP PERKATAAN YANG BATIL.”  (IBN QAYYIM AL-JAUZI)

    Hidup ini suatu perjuangan. Setiap kita pasti mahukan kemenangan dalam berjuang. Justeru, diamanakah letaknyaukuran kemenangan itu? Adakah pada harta iaitu orang kaya raya? Atau pada pangkat iaitu orang yang paling kedudukannya? Atau pada nama iaitu orang yang paling terkenal  di dunia? Ketahuilah, bahawa hakikat kemenangan itu bukanlah pada natijah perjuangan yang bersifat sementara. Sebaliknya, ia terletak kepada ketenangan dan kepuasan jiwa. Ya, iaitu orang yang mampu menguasai dan memenangi hatinya sendiri dan mampu mengesani hati-hati manusia yang lain.

   Inilah satu perjuangan. Kemenangannya tidaklah dapat diukur pada natijah, namun pada proses yang benar dan berterusan. Lantas bagaimanakah proses itu? Mari amik waktu. Berhenti sejenak. Semoga kita mampu menghayati dan merasai hakikat ketenangan dalam kelelahan dan kesibukan kita yang banyak. Kerana orang yang tenang akan menang. Tenangkah aku?

Rabu, 26 Februari 2014

how i am?

Semesta dua
Makin mencabar. medaki kian tinggi..tahun yang banyak menangis...pelajaran makin susah..
merangkak-rangkak untuk belajar..sungguh tak mudah!

kali ni aku mesej ibu, mahu berhenti BELAJAR. tak best! tak de feel belajar.. tiada semangat..
makin menjauh..bagaimana mahu kuatkan hati??! T.T

tiada tempat nak meluah. kalau di matrik dulu hari-hari boleh call ibu, boleh cerita bermacam-macam..huhu, budak manja :(

huhuhu.



Sabtu, 25 Januari 2014

Abdullah Ibn Rawahah

Catatan 4 
Siapakah Abdullah bin Rawahah ?


" Yang bersemboyan wahai diri jika kau tidak gugur di medan juang kau tetap akan mati walau di atas ranjang."                               

                                                          Abdullah Ibnu Rawahah


diantara syair-syair Abdullah bin Rawahah

Waktu itu Rasulullah s.a.w sedang duduk di suatu tempat dataran tinggi kota Mekah, menghadapi para utusan yang datang dari kota Mekah, menghadapi para utusan yang datang dari kota Madinah, dengan bersembunyi-sembunyi dari kaum Quraisy. Mereka yang datang ini terdiri dari 12 orang utusan kelompok atau suku yang kemudian di kenal dengan nama kaum Anshar. Mereka sedang berbai'at Rasul yang terkenal pula dengan Hama Bai'ah al-Aqabah al-Ula (aqabah pertama). Merekalah pembawa dan penyiar Islam pertam ke Kota Madinah, dan bai'at merekalah yang membuka jalan bagi hijrah Nabi beserta pengikut beliau yang pada gilirannya kemudian, membawa kemajuan pesat bagi agama Allah iaitu Islam. Maka salah seorang dari utusan yang berbai'at Nabi itu adalah Abdullah bin Rawahah.

Dan sewaktu pada tahun berikutnya, Rasulullah s.a.w membai'at lagi 73 orang ansar dari penduduk Madinah pada bai'at aqabah kedua, maka tokoh Ibnu Rawahah ini pun termasuk salah seorang utusan yang dibai'at itu.Kemudian sesudah Rasulullah bersama sahabatnya hijrah ke madinah dan menetap di sana, maka Abdullah bin Rawahah pulalah yang paling banyak usaha dan kegiatannya dalam membela agama dan mengukuhkan sendi-sendinya. Ialah yang paling berwaspada mengawasi sepak terjang dan tipu muslihat Abdullah bin Ubay (pemimpin golongan munafiq) yang oleh penduduk Madinah telah dipersiapkan untuk diangkat menjadi raja sebelum Islam hijrah ke sana, dan yang tidak putus-putusnya berusaha menjatuhkan Islam dengan tidak menyia-nyiakan setiap kesempatan yang ada. Berkat kesiagaan Abdullah bin Rawahah yang terus menerus mengikuti gerak geri Abdullah bin Ubay dengan cermat, maka gagallah usahanya, dan maksud2 jahatnya terhadap Islam dapat dipatahkan.

Ibnu Rawahah adalah seorang penulis yang tinggal di suatu lingkungan yang langka dengan kepandaian tulis baca. Ia juag seorang penyair yang lancar, yang untaian syair-syairnya meluncur dari lidahnya dengan kuat dan indah didengar. Semenjak ia memeluk Islam, dibaktikannya kemampuannya bersyair itu untuk mengabdikan bagi kejayaan Islam. Dan Rasulullah menyukai dan menikmati syair-syairnya dan sering baginda minta untuk lebih tekun lagi membuat syair.

Pada suatu hari, baginda duduk bersama para sahabatnya, tiba-tiba datanglah Abdullah bin Rawahah, lalu Nabi bertanya kepadanya, " Apa yang anda lakukan bila hendak mengucapkan syair?" Jawab Abdullah,"Kurenung dulu, kemudian baru ku ucapkan. " Lalu terus ia mengucapkan syairnya tanpa menunggu lama, demikian makna ertinya secara bebas :

" Wahai putera Hasyim yang baik, sungguh Allah telah melebihkan kamu dari seluruh manusia dan memberimu keutamaan, di mana orang tak usah iri dan sungguh aku menaruh firasat baik yang ku yakini terhadap dirimu. Suatu firasat yang berbeza dengan pandangan hidup mereka. Seandainya anda bertanya dan meminta pertolongan mereka. Dalam memecahkan persoalan, tiadalah mereka hendak menjawab atau membela. Kerana itu Allah mengukuhkan kebaikan dan ajaran yang anda
bawa. Sebagaimana ia telah mengukuhkan dan memberi pertolongan kepada Musa".

Mendengar itu Rasul menjadi gembira dan ridha kedapanya,lalu sabdanya: "Dan engkau pun akan diteguhkan Allah."Dan sewaktu Rasulullah sedang tawaf di Baitullah pada umrah qadla, Ibnu Rawahah berada di muka, beliau sambil membaca syair dari rajaznya:

 "Oh Tuhan, Kalaulah tidak kerana Engkau, nescaya tidaklah kami akan mendapat petunjuk, tidak akan sedekah dan solat.Maka mohon diturunkan sakinah ke atas kami dan diteguhkan pendirian kami jika musuh datang menghadang. Sesungguhnya orang-orang yang telah aniaya terhadap kami, bila mereka membuat fitnah akan kami tolak dan kami tentang."

Orang-orang Islam pun sering mengulang-ulangi syair-syair yang indah. Penyair Rawahah yang produktif ini amat berduka sewaktu turun ayat Al-Quran: "Dan para penyair banyak pengikut mereka orang-orang yang sesat." (As-syura:224)
Tetapi kedudukannya jadi terhibur waktu turun pula ayat lainnya: 
"Kecuali orang-orang(penyair) yang beriman dan beramal soleh dan banyak ingat kepada Allah, dan menuntut bela sesudah mereka dianiaya." (as-syura: 227)

Muadz Bin Jabal r.a

Catatan 3

Makam yang aku lawati adalah salah satu makam sahabat Nabi. Seorang yang sangat luar biasa malah dapat menginsafi kembali diri ini yang terlalu banyak kekurangan. Sirah Nabi dan sahabat-sahabat meningkatkan kembali semangat di kala lemah dan sedih.. 


Kenali sahabat Nabi..

Siapakah beliau? Namanya Muadz bin Jabal bin Amr bin Aus al-Khazriji, dengan nama julukan "Abu Abdurahman", dilahirkan di Madinah. Ia memeluk Islam pada usia 18 tahun, mempunyai keistimewaan sebagai seorang yang pintar dan berdedikasi tinggi.Dari segi fizikal, beliau gagah dan perkasa. Allah juga mengurniakan kepadanya kepandaian berbahasa serta tutur kata yang indah, Muadz termasuk di dalam rombongan yang berjumlah sekitar 72 orang Madinah yang datang berbai'at kepada Rasulullah. Setelah itu, Muadz kembali ke Madinah sebangai pendakwah Islam di dalam masyarakat Madinah. Ia berhasil mengislamkan beberapa sahabat terkemuka seperti Amru bin Al-Jamuh.

Pada waktu Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah, Muadz sentiasa berada bersama dengan Rasulullah sehingga ia dapat memahami Al-Quran dan syariat2 Islam dengan baik, Hal tersebut membuatnya di kemudian hari muncul sebagai seorang yang paling ahli tentang Al-Quran dari kalangan para sahabat. Ia adalah orang yang paling baik membaca Al-Quran dan yang paling memahami syariat-syariat Allah.  Oleh sebab itulah Rasulullah memujinya dengan bersabda:

"Yang ku maksud umatku yang paling alim tentang halal dan haram ialah Muadz bin Jabal."
(Hadis Tirmidzi dan Ibn Majah)

Ia meriwayatkan hadis dari Abdullah bin Umar dan meriwayatkan darinya ialah Anas bin Malik, Masruq, Abu Thufail Amir bin Wasilah. Selain itu, Muadz merupakan salah satu dari enam orang yang mengumpulkan Al-Quran pada zaman Rasulullah.Setelah kota Mekah didatangi oleh Rasulullah, penduduk Mekah memerlukan tenaga-tenaga pengajar yang tetap tinggal bersama mereka untuk mengajarkan syariat agama Islam. Rasulullah lantas menyanggupi permintaan tersebut dan meminta supaya Muadz tinggal bersama dengan penduduk Mekah untuk mengajar Al-Quran dan memberikan pemahaman kepada mereka mengenai agama Allah. Sifat terpuji beliau juga jelas terlihat manakala rombongan raja-raja Yaman datang menjumpai Rasulullah utk mengistiharkan keislaman mereka dan meminta kepada Rasulullah memilih Muadz untuk memegang tugas itu bersama-sama dengan beberapa orang para sahabat. Rasulullah mempersaudarakan dengan Abdullah bin Mas'ud. Nabi mengirimnya ke negeri Yaman untuk mengajar, memberikan pengetahuan agama dan mendidik sampai menghafal Al-Quran kepada penduduk Yaman. Rasulullah menghantarnya dengan berjalan kaki sedangkan berkenderaan, dan Nabi bersabda kepadanya: 
" Sungguh, aku mencintaimu."
Lantas beliau mewasiatkan kepada Muadz dengan bersabda:
" Wahai Muadz! kemungkinan kamu tidak akan dapat bertemu lagi dengan aku selepas tahun ini."
Kemudian, Muadz menangis kerana terlalu sedih untuk berpisah dengan Rasulullah s.a.w. Selepas peristiwa tersebut ternyata Rasulullah wafat dan Muadz tidak dapat melihatnya. 

Muadz sangat terpukul atas kepulangan Rasulullah s.a.w. Ia bahkan menangis tersedu-sedu selama beberapa saat. Namun ia segera menyadari tanggungjawab dakwah di pundaknya. Ia sentiasa menjaga semangat keislamannya agar tidak pernah surut. Setelah Umar Al-Khatab dilantik menjadi khalifah, ia mengutuskan Muadz untuk mendamaikan pertikaian yang terjadi di kalangan Bani Kilab. Muadz pun  berjaya menjalankan misi itu.Pada zaman emerintahan khalifah Umar pula, gabenor Syam( sekarang mesir) mengirimkan Yazid bin Abi Sufian untuk meminta guru bagi penduduknya. Lalu Umar memanggil Muadz bin Jabal, Ubaidah bin As-Shamit, Abu Ayyub Al-Ansari, Ubay bin Kaab dan Abu Darda dalam satu majlis. Khalifah Umar berkata kepada mereka : "Sesungguhnya saudarakamu di negeri Syam telah meminta bantuan daripada aku supaya menghantar siapa sahaja yang dapat mengajarkan Al-Quran kepada mereka dan memberikan pemahaman kepada mereka tentang agama Islam. Oleh kerana itu, bantulah aku untuk mendapat tiga orang dari kalangan kamu. Sekiranya kamu ingin membuat pengundian, kamu boleh membuat undian, jika tidak aku akan melantik tiga orang dari kalangan kamu." Lalu mereka menjawab, "Kami tidak akan membuat pengundian dengan memandang bahawa Abu Ayyub telah terlalu tua, sedang Ubay pun sentiasa mengalami kesakitan, dan yang tinggal hanya kami bertiga saja. Kemudian Umar berkata mereka, "Kalian mulailah bertugas di Hims, sekiranya kamu suka dengan keadaan penduduknya, bolehlah salah seorang diantara kamu tinggal di sana. Kemudian salah seorang daripada kamu hendaknya pergi ke Damsyik, dan seorang lagi pergi ke Palestina."

Lalu mereka bertiga keluar ke Hims dan mereka meninggalkan Ubaidah bin As-Shamit di sana, Abu Darda' pergi ke Damsyik. Muadz bin Jabal terus berlalu pergi ke negara Urdun(Jordan) pada saat negeri tersebut tengah terserang wabah penyakit menular. Muadz bin Jabal wafat pada tahun 18H ketika terjadi wabak hebat di Urdun tersebut, waktu itu usianya 33 tahun. 

sumber: Biografi Muadz-Ibn Hajar Asqalani.


Umm Qais

Catatan 2

Kali ini ingin berkongsi sejarah tempat Umm Qais. Sejujurnya ini pertama kali aku mendengar nama Umm Qais. Sebelum ini tidak pernah aku mengetahui akan tempat itu apatah lagi sejarahnya. Namun aku bersyukur tahun pertama aku di bumi Jordan, aku dapat mengenali tempat-tempat sedemikian dan sedikit sebanyak mengetahui sejarah yang diceritakan Ustaz Naim, Ydp Bkapj Alhamdulillah.



Umm Qais menurut sejarah dikenali sebagai Gadara merupakan Decapolis ( salah satu daripada himpunan 10 buah kota dan himpunan kota ini adalah bebas walaupun di bawah pemerintahan Roman) Greco-Roman yang unik lantaran pernah dikuasai empat kuasa besar dimulai oleh Greek seterusnya Roman , Byzantine dan akhirnya empayar Othmaniyyah . Ia juga sebuah tempat terletak di titik pertemuan sempadan Jordan, Syria dan Israel. Namun beberapa binaan masih lagi teguh walaupun Rom pernah dilanda gempa bumi. Demikian gambar-gambar binaan yang masih boleh dilihat.

collosseum


 rumah binaan mereka

                                       jalan yang kami lalu, kiri dan kanan ada tiang-tiang Rom.
                                 


di situ juga terdapatnya pemandangan tentang sebuah tasik yang disebut di dalam Hadis Nabi S.A.W.

فيَمُرُّ أَوَائِلُهُمْ على بُحيرة الطَّبَرِيَّةِ

"apabila yg terawal darinya melewati tasik tiberias"


dalam bahasa arabnya طبرية, bahasa inggeris Tiberias. Tasik itu dinamakan Tasik Tobari. Disitu akan keluar dajjal apabila air tasik itu kering. Persoalannya, adakah masih ada air di tasik itu? hehe. Soalan yg diajukan salah seorang kawan kami kepada ustaz. Dan ini adalah diantara perkongsian beliau kepada kami. Aku kurang arif akan itu. Masih memerlukan pengkajian dan pembacaan yang lebih. Setakat ini dulu yang dapat ku kongsi. Moga bermanfaat untuk semua. 

                                                       

Selasa, 21 Januari 2014

معركة يرموك "Ma'rikah Yarmouk"


Catatan 1
Kali ini coretan perjalananku bersama rakan-rakan yang dibawa bersama BKAPJ (iaitu badan anak negeri perak). Perjalanan selama 5 hari 4 malam membawa aku berfikir bertapa hebat nya sejarah dan tamadun dahulu. Peninggalan mereka membawa pengertian yang besar buat kita. Walaupun mereka sudah lama meninggalkan kita, namun jasa dan sirah mereka sentiasa diingati sehingga ke hari ini. Bahkan ini membuatku lebih bercita-cita untuk mendalami sejarah sahabat-sahabat nabi.


Distinasi pertama kami,معركة يرموك
MA'RIKAH YARMOUK


Pertempuran Yarmouk adalah perang diantara Muslim Arab dan pasukan Romawi Timur(Byzantium) pada tahun 636 m. Pertempuran ini dilihat sebagai salah satu pertempuran penting dalam sejarah dunia, kerana ia menandakan gelombang besar pertama penaklukan Muslim di luar Tanah Arab dan kemasukan Islam ke Palestian,Syria dan Mesopotamia yang mana rakyatnya adalah penganut agama Kristian. Pertempuran ini terjadi semasa pemerintahan Umar ibn Al-Khattab, khalifah Rasyidin yang kedua.Pertempuran ini juga merupakan salah satu kemenangan bagi Khalid ibn Al-Walid yang paling gemilang, dan megukuhkan lagi reputasinya sebagai salah seorang panglima yang berkebolehan. Sejarah telah menyaksikan kehebatan seorang tokoh pejuang Islam yang mampu menghadirkan idea-idea bernas dalam mengatur dan menyusun strategi perang yang cukup utuh serta berkesan.Beliau telah meletakkan pasukannya dalam barisan sepanjang 18 km, Khalid Al-Walid telah mengendalikan perang ini dengan strategi bertahan dan melakukan serangan balas ketika pertengahan hari. Kondisi ini terus berlangsung selama 4 hari. Pada hari kelima, pasukan Romawi cuba membuat gencatan senjata, tetapi gagal. Pada hari keenam, beliau mengubah strateginya menjadikan penyerangan lebih efektif. Pasukan Romawi kalah pada hari itu juga. Pertempuran Yarmouk merupakan salah satu dari contoh pertunjukan strategi perang yang tak terjangkau hebatnya di mana pertempuran ini mempertaruhkan sejumlah pasukan Islam yang jauh lebih kecil iaitu sebanyak 30 000 – 40 000 orang berbanding tentera Romawi sebanyak 150 000 – 240 000 orang.Namun pasukan Islam masih mampu bertahan, bahkan menang melawan pasukan yang sangat besar jumlahnya. Pada hari keenam Pertempuran Yarmouk, Khalid Al-Walid baru menerapkan strategi menyerang kerana beliau telah mengetahui akan kendurnya pertahanan pihak musuh serta sikap buruk yang mereka tonjolkan. Pertempuran ini terjadi selama empat tahun setelah Nabi Muhammad S.A.W meninggal pada 632 m. Ia dilanjutkan pada zaman pemerintahan khalifah pertama,Saidina Abu Bakar As-Siddiq , yang cuba membawa seluruh bangsa yang bertutur dalam bahasa Arab yang berada dibawah naungan orang Muslim. Pada 633 m, pasukan Islam telah menyerang Syria, dan setelah berbagai halangan dan pertempuran kecil berlaku,akhirnya pasukan Islam berhasil merebut Damascus yang kini dikenali sebagai Damsyik pada 635 m. Pasukan Romawi Timur telah mengatur sebuah pasukan sekitar 40 000 orang setelah mengetahui Damsyik dan Emesa telah jatuh ketangan pasukan Islam. Pergerakan pasukan Romawi Timur yang besar ini menyebabkan pasukan Islam di bawah kendalian Khalid ibn Al-Walid meninggalkan kota-kota, dan mundur ke selatan menuju ke Sungai Yarmouk. Sebahagian pasukan Romawi Timur di bawah Theodore Sacellarius dikalahkan di luar Emesa.Pasukan Islam di bawah naungan Khalid ibn Al-Walid bertemu komandan Romawi Timur lain, Baänes di lembah Sungai Yarmouk pada akhir bulan Julai. Setelah sebulan pertempuran kecil-kecilan, tanpa aksi yang menentukan, kedua pasukan akhirnya berkonfrontasi pada 20 Ogos. Menurut sumber Muslim, telah datang pertolongan Allah SWT. kepada tentara Islam dengan berhembusnya angin selatan yang kuat meniup awan debu ke muka orang-orang Kristian. Kejadian ini persis seperti yang terjadi kepada pasukan Persia dalampertempuran Qadisiyyah. Prajurit menjadi lesu di bawah panas terik mentari. Meskipun begitu, Khalid Al-Walid terdorong untuk mundur. Namun meskipun jumlah pasukannya hanya setengah prajurit Romawi Timur, mereka lebih bersatu daripada pasukan Ketentaraan yang terdiri dari orang Armenia,Slavia , Ghassanid dan juga pasukan Romawi Timur biasa. Disamping itu juga, orang Islam berhasil memainkan peranan dalam mempengaruhi pasukan Romawi Timur untuk beralih posisi. Tugas ini dipermudahkan lagi dengan kenyataan bahawa Kristian Arab, Ghassanid belum dibayar selama beberap bulan dan Kristian Monophysitenya ditekan oleh Ortodoks Romawi Timur. Sekitar 12 000 orang Arab Ghassanid telah membelot. Pasukan Kristian mara menuju ke kem wanita Arab dan keluarganya Akhirnya mereka berjaya diusir dengan bantuan daripada beberapa wanita Arab. Mereka kembali untuk melakukan serangan balas. Kebanyakan prajurit Baänes dikepong dan dibantai, atau digiring menuju kematiannya di sebuah jurang terjal. Sebagai hasilnya, seluruh kawasan Syria terbuka untuk Muslim Arab. Damsyik direbut kembali oleh orang Islam dalam waktu sebulan, dan Jeruselam turut jatuh tidak lama kemudian.

moga bahan bacaan yang diambil drp ni (http://mmyjordan.blogspot.com/2009/06/peperangan-yarmouk.html) sedikit sebanyak dapat membantuku untuk lebih mentadabur sirah2 para sahabat. Sirah yang diceritakan oleh Ustaz Badrul Naim Sharipuddin(ketua rombongan kami yang merupakan YDP BKAN Perak) dari mula hingga akhir lebih membuat ku untuk menghayati kisah-kisah ni. Moga perjalananku bersama pengisian iman bukan hanya mengisi masa terluang. 




pemandangan di sekitar tapak peperangan yarmouk





     Pedang yang dikatakan sebagai tanda kekuatan muslimin.



Ni, dah kat kawasan luar. Nampak pemandangan cantik dan rasa tertarik nak ambil gambar.Waktu ni tersangatlah sejuk sebenarnya. Time makan terketar-ketar tangan nak makan. Walaupun dah pakai berlapis-lapis tapi still lagi rasa tak tahan.haha. Ok, dah keluar topic ni.. ^__^




                                   







Sabtu, 26 Oktober 2013

Kadang terfikir...


aku pernah dengar bahawa HATI itu ibarat pelangi..yang terus hidup dengan memberikan erti. Kerana mungkin bagi aku, sesungguhnya hikmah terbaik adalah berasal dari dalam diri. tak perlu ditonjolkan diri.

Ia perlu diasah dengan sesuatu, bermanfaat yang terpuji..Satu zaman yang aku datang dimana aku perlu mempelajari sesuatu. Sebuah IJAZAH SARJANA MUDA EKONOMI ISLAM yang diidam-idamkan. juga cita-cita orang tuaku. yang sanggup membiayai aku belajar dengan sebegini jauh. mahal lagi :# apakah kesanggupan mereka ni aku mampuuuu...

Pelajaran sesuatu datang tidak lagi melalui ibu walid..aku perlu lakukannya sendirian. tapi bagaimana??! aku tidak tahu...




Isnin, 14 Oktober 2013

Bayt Conan



Bayt Conan
Perayaan pertama
Ada memori bersama mereka
gama takbir bergema
oleh syabab perkasa
memecah sunyi sepi rumah kami
bukan buat aku makin berseri
tapi makin aku menyendiri

hati makin merindui
pada mereka yang jauh disisi
sungguh, dalam bilik aku sendiri
sambil mengesat airmata di pipi...

aku rinduu..
ALLAH peliharalah kami

............................................................


Aidil Adha
Tahun satu perantauan. :(

Pengorbanan

Sanggup untuk berkorban 

Salam Aidiladha. Kullu am wa antum bi kheir..

Khamis, 26 September 2013

video don't be sad!

ALLAH menguji hamba dengan dosa, supaya dapat medengar doa dan tangisnya,
penyesalannya dan rasa sesalnya, rintihan dan dan erangnya,
pengaduan dan keluhannya, ratapan dan hibanya.
Supaya si hamba menampakkan kegelisahan, ketawadhuan,
kekhusyukan, dan kerendahannya.

Rasulullah S.A.W. bersabda :
"Kalian adalah makhluk yang selalu berbuat salah. Dan sebaik-baik orang yang berbuat salah adalah mereka yang mahu bertaubat. " (HR Tirmidzi, Ibn Majah, Ahmad, dan Ad-Darimy)

Tiada yang sempurna..
Tiada yang tidak pernah berdosa..
Firman Allah, surah An-Nur :21


"Dan sekiranya bukan kerana Allah dan rahmat-Nya kepada kamu sekalian, nescaya tak seorang pun di antara kalian yang bersih (dari perbuatan-perbuatan buruk) selama-lamanya. "




.....................................................

DON'T BE SAD : ALLAH KNOWS





Jumaat, 13 September 2013

video Sayyid Qutb

[Video] Detik-detik Sayyid Qutb sebelum dihukum. Lihat, betapa tenangnya beliau menghadapi maut demi membela kebenaran. Aku? Perasaan takut masih menyelubungi hatiku.. Takut pada siapakah sebenarnya aku ini? Cek kembali niatmu dan bermuhasabahlah wahai diriku... 

Krik..krik...
29 August 1966, Sayyid Qutb digantung bersama-sama sahabat seperjuangannya, Muhammad Yusuf Hawwasy dan Abdul Fatah Ismail.Tiada kegentaran pada raut wajahnya. Keteguhan ini tetap terwarisi oleh para pendokong Ikhwanul Muslimin. MasyaAllah. Begitu hebat mereka di Tarbiyah. Aku ingin seperti mereka, tiada kegentaran di hati dalam memperjuangan deen Allah. Kita dapat melihat juga para syuhada di Mesir, Palestin, yang tidak takut menghadapi maut, kerana mereka yakin tentang kebenaran yang mereka perjuangkan. 
 
#Detik-detik Sayyid Qutb dihukum. Tenang sekali beliau. 

Aku mengambil ibrah melalui video dan kisah Sayyid Qutb. Aku nak tingkatkan diriku dan nak Tarbiyah lagi diriku sementara Allah memberi peluang aku belajar di Urdun. Disamping tingkatkan kefahaman dari sudut agama tanpa mengabaikan akademik.Kali ini, kehadiran aku ke bumi Urdun bukan sahaja nak capai 'excellant' akademik tetapi nak dekatkan diri dengan kekasihku lagi.. Moga kita sama-sama beroleh manfaat.. :)